Siakap Keli

Ayah Saja-Saja ‘Layan’ Anak Jual Lukisan Sendiri Depan Rumah, Tapi Tak Sangka Habis Dibeli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah namanya kanak-kanak, fitrah dunia mereka adalah mengeksplorasi kehidupan melalui pelbagai sudut pandang, ia termasuklah ilmu dan perkembangan kemahiran diri.

Baru-baru ini, seorang warga Facebook, Fadhil Zainuddin berkongsi tentang pengalaman menariknya ‘melayan’ karenah anak-anak yang bersemangat mahu berniaga pada usia muda.

Apa yang menariknya, Alya Aqeela, 7, dan adiknya, Alya Adeela, 3, hanya menjual lukisan-lukisan nukilan mereka sendiri pada harga serendah RM1 sahaja setiap satu.

Difahamkan, tapak gerai niaga mereka juga sangat ringkas, iaitu terletak di depan pagar rumah, hanya bermodalkan sebuah kanopi berwarna kuning, sebuah meja dan kerusi serta enam buah lukisan.

Gambar: Fadhil Zainuddin
Gambar: Fadhil Zainuddin

“Petang tadi layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku, “Depan rumah pun takpe,”. Jadi aku pun layankan sahaja.

“Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri. Tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.

“Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak buka kedai jual lagi, mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli,” katanya dalam perkongsian di Facebook semalam.

Perkongsian Fadhil ini tular di media sosial, rata-rata netizen memuji tindakannya sebagai seorang ayah yang begitu memahami kehendak anak-anak, dalam masa sama mendidik mereka tentang kehidupan.

Tidak kurang juga, semangat berniaga pada usia yang sangat muda seperti yang ditonjolkan kedua-dua anaknya ini turut dipuji netizen.

Sementara itu, kisah Fadhil bersama ‘usahawan muda’ anak-anaknya ini turut mendapat perhatian PENTAS – Asia NFT Marketplace.

Merujuk ciapan di Twitter PENTAS, pihaknya amat kagum dengan usaha Fadhil membantu semangat keusahawanan kedua-dua anaknya itu.

Difahamkan, pihak PENTAS bersedia untuk menaja sejumlah tajaan kepada mereka, dalam masa sama lukisan-lukisan tersebut akan dipamerkan dalam galeri seni digital mereka.

Gambar: Fadhil Zainuddin
Gambar: Fadhil Zainuddin
Gambar: Fadhil Zainuddin

Sumber: Fadhil Zainuddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.