Siakap Keli
Gambar: Sindonews.com

Peniaga Gembira Bakso Jualannya Laris, Ramai Datang Beli & Ajak Bergambar Sebab Wajah Dikatakan Mirip ‘Oppa’ Korea

Berkat wajah ibarat jejaka Korea, seorang lelaki peniaga bakso di Bandung menjadi tarikan penduduk tempatan khususnya kaum hawa yang meminati drama dari negara berkenaan.

Menurut portal Sindonews.com, pemuda bernama Muhammad Daffa Abila kini menjadi tular di negara itu sekaligus meningkatkan hasil jualan bakso miliknya.

Bukan itu sahaja, para pengunjung wanita ke warungnya juga dikatakan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan jejaka tersebut.

Kongsi pengunjung warung Daffa, Rima dan Tita, mereka mengaku ‘cair’ tatkala melihat pemuda itu kerana dikatakan mirip dengan pelakon atau oppa-oppa Korea.

“Ada juga pelanggan yang minta bergambar bersama, kerana katanya muka saya mirip artis Korea,” kata Daffa seperti ditulis portal berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan siapakan selebriti Korea yang dimaksudkan mirip dengannya.

Biarpun berasa canggung kerana diminta bergambar bersama, dia bersyukur kerana makanan dijualnya laris, bahkan jualannya meningkat berkali ganda sejak warungnya dibuka Julai lalu.

Bahkan, dia juga mengaku bahawa dengan tularnya dirinya itu, ada juga tawaran untuk menjadi model dan bintang iklan. Tambahnya, kebanyakan yang menawarkan kepadanya adalah secara terang-terangan.

Sumber: Sindonews.com

Amira

Love yourself.