Siakap Keli

(Video) “Kalau Takde ‘Airbag’ Dah Kena Tanam Dah,” Abang Myvi Kuning Cerita Apa Yang Berlaku Ketika Dalam Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Ibu Negeri, Kuala Lumpur di mana sebuah lori pasir telah menghentam 5 buah kereta sehinggakan terdapat sebuah kereta dalam keadaan remuk yang teruk.

Mujur, ada beberapa bukti kukuh daripada pengguna jalan raya yang lain merakam kejadian itu berlaku.

Difahamkan dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna kuning dihentam dari belakang dan mengalami kerosakan teruk atau ‘total lost’. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut terselamat dan kini sedang berehat di rumah selepas keluar dari hospital.

Jadi, SK ingin kongsikan satu rakaman telefon daripada rakan sekerja mangsa, Firdaus Hisham yang bertanya khabar keadaan semasa mangsa yang dikenali sebagai Nik Adlee atau Abang Nik selepas kemalangan jalan raya.

“Badan sakit-sakit lagi…. saya punya leher, semua sakit lagi tapi saya dah discharge… hidung patah muka bengkak lagi”

@firdaushshm

Reply to @zad.trump Alhamdulillah Abang Nik sudah discharge. #fyp #fypシ

♬ original sound – firdaushshm – firdaushshm

“Kalau takda ‘air bag’ saya dah tanam dah… kereta pun tak meletop itu memang bernasib baik la tu…”

Difahamkan, seluruh keretanya remuk namun kuasa Tuhan, bahagian pemandu sahaja tidak remuk dan mangsa terselamat walaupun mengalami kecederaan di bahagian muka akibat ‘air bag’ pecah.

“Sebenarnya, saya tak boleh keluar dari kereta itu, tetapi saya minta tolong orang ramai untuk tarik kereta agar ada ruang, baru saya dapat bergerak keluar, sebab ketika tu kereta dah jadi bentu V,” jelasnya dalam rakaman perbualan tersebut.

@firdaushshm

Reply to @faraf4uzi Terima kasih kepada semua yang tolong Abang Nik keluar dari kereta. #fyp #fypシ

♬ original sound – firdaushshm – firdaushshm

“Alhamdulillah takda apa, cuma badan sakit-sakit lagi… Tuhan memang nak tolong…”

@firdaushshm

Reply to @wanfazrel Ramai nak tahu siapa driver lori tu tapi Abang Nik pun tak perasan siapa. #fyp #fypシ

♬ original sound – firdaushshm – firdaushshm

 

Sumber: Firdaushisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.