“Aku baru je grad. Nak start bayar balik duit PTPTN tapi tak tahu caranya. Nak ke pejabat PTPTN tak boleh rentas daerah pulak. Ada tak cara lain yang lagi senang untuk aku contact dengan PTPTN ni eh?” luah Amin.
Amin ni baru je habis belajar. Sebelum ni dia merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tampung yuran pengajian dan kos sara hidup masa kat universiti dulu.
Rezeki dia, habis je belajar terus dapat kerja. Jadi sejak dah ada pendapatan sendiri ni, Amin tekad nak mulakan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Cuma jadi masalahnya, semasa COVID-19 ni agak susah sikit nak bergerak.
Nak keluar rumah ke pejabat cawangan, takut COVID-19 pulak. Nak ke ibu pejabat (HQ), macam susah pulak nak kena rentas daerah. Jadi apa solusi paling senang yang Amin boleh cuba untuk hubungi PTPTN ni ye?
Hubungi frontliner PTPTN melalui 5 saluran #PTPTNSediaBantu
Korang tau tak, sebenarnya ada cara lagi senang nak contact dengan PTPTN untuk kes macam Amin ni. Ye, senang je. Kalau korang nak tau, sekarang PTPTN dah wujudkan satu inisiatif baharu iaitu #PTPTNSediaBantu.
Korang mesti ada banyak urusan nak setelkan untuk PTPTN kan? Lebih-lebih lagi kalau nak uruskan pembayaran balik pinjaman. Tapi yelah, nak berurusan secara langsung kat pejabat buat masa ni bukan senang kan.
Jangan risau. PTPTN faham sekarang kan musim COVID-19. Tak berapa selamat kalau korang nak keluar. Jadi #PTPTNSediaBantu ni diwujudkan untuk korang boleh hubungi frontliner PTPTN bila-bila masa secara online je.
Guna 5 saluran ni untuk contact frontliner #PTPTNSediaBantu
Frontliners #PTPTNSediaBantu ni bersedia dan komited nak bantu korang yang ada sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui lima saluran yang disediakan.
Oleh itu, korang boleh guna lima saluran mudah ni untuk hubungi PTPTN:-
- Hubungi talian careline di 03-2193 3000
- Layari laman web www.ptptn.gov.my (Live Chat)
- Layari https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn (Eksekutif Pemasaran)
- Layari https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)
- Media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Senang je kan? Oh ye. Malaysia baru saja menyambut sambutan kemerdekaan yang ke-64 tahun pada 31 Ogos baru-baru ini. Masa depan pendidikan negara pun mestilah ada hala tujunya yang lebih dinamik untuk anak bangsa.
Jadi bagi menjamin peluang untuk generasi seterusnya dapat melangkah ke menara gading, apa kata kita sama-sama berusaha untuk membuat bayaran semula pinjaman PTPTN.
Diorang pun perlukan ‘duit poket’ juga. Kini giliran kita pulaklah untuk bayar kembali pinjaman, sekaligus diorang pun boleh gunakan peruntukan tu untuk masa depan di universiti nanti.
Jadilah macam Amin. Dia mula je kerja, terus tekad nak bayar balik pinjaman. Dia tak berani nak berhutang lama-lama sebab memahami bahawa ada ramai lagi siswa baharu yang perlukan peruntukan tu.
Akhir kata, jom bayar balik pinjaman guys, jangan lupa untuk hubungi segera frontliner #PTPTNSediaBantu guna lima saluran di atas tadi. Jom jalankan tanggungjawab kita!