Siakap Keli

(Video) Selepas Setel 10,000 “Level” Candy Crush, Wanita Teruja Terima Mesej Ini

Seiring dengan penggunaan internet yang meluas, permainan-permainan di dalam telefon pintar juga kini bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sejak sedekad yang lalu, masyarakat di dunia ‘dihidangkan’ dengan pelbagai jenis permainan yang boleh diakses oleh semua peringkat umur.

Salah satu permainan yang pernah menjadi fenomena adalah Candy Crush yang telah dilancarkan sejak lapan tahun yang lalu. Walaupun timbulnya pelbagai permainan yang lebih menarik, Candy Crush sebenarnya masih lagi menjadi perhatian sehingga kini, bukan saja dalam kalangan kanak-kanak tetapi warga emas juga.

Manakan tidak, permainan itu mempunyai sehingga 10,000 tahap yang perlu dihabiskan oleh setiap pemain. Hanya orang tertentu yang betul-betul minat dan obses saja yang mungkin dapat menghabiskan semua tahap tersebut.

Namun, bayangkan perasaan teruja dan puas yang dirasai apabila dapat melalui semua tahap tersebut. Segala kegigihan dan masa yang diluangkan akhirnya berbaloi.

Mungkin itulah yang dirasai oleh wanita ini yang telah berjaya menghabiskan kesemua tahap Candy Crush itu. Detik-detik ketika dia meraikan ‘pencapaian’ tersebut telah dirakam dan dimuatnaik oleh anaknya di TikTok.

Menerusi video itu, @aimeeman mengatakan bahawa ibunya telah bermain permainan itu sejak sekian lama dan baru-baru ini telah berjaya menghabiskan kesemua tahap. Ibunya kelihatan teruja setelah mendapat notifikasi ‘penghargaan’ daripada permainan tersebut.

@aimeeman

brb off to get mum a medal #candycrush #CinderellaMovie #momsoftiktok #mum

♬ Spongebob – Dante9k

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 3.7 juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan pencapaian tersebut dan mengatakan bahawa wanita itu sepatutnya perlu diberikan hadiah.

Sumber: aimeeman

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.