Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Kompas Tv

Diminta Berjaga-jaga, Sumatera Selatan Keluar Amaran Kebakaran Hutan Dijangka Berlaku Akhir September ini

Pemerintah Provinsi Sumatera Selatan dilaporkan telah mengeluarkan amaran kepada masyarakat setempat mengenai ancaman kebakaran hutan dan tanah yang dijangka berlaku akhir September ini, lapor Kompas TV.

Pemangku Setiausaha Sumatera Selatan, SA Supriono mengatakan bahawa Indonesia ketika ini berada di kemuncak musim kemarau.

Menurutnya, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) juga telah meramalkan bahawa hujan akan turun dengan intensiti yang rendah.

Bersiap siaga dengan bencana tersebut, pihaknya telah memberikan perhatian khusus kepada lima daerah yang berpotensi mengalami kebakaran hutan dan tanah ketika musim kemarau.

Antara daerah berisiko ialah Banyuasin, Ogan, Komering Ilir, Musi Banyuasin, Ogan Ilir dan Muaraenim.

Gambar Hiasan Via Kompas Tv

“Semua kawasan di bawah pemerhatian tetapi ada lima daerah yang diberikan perhatian khusus kerana mempunyai risiko yang besar,” kata Supriono.

Sementara itu, BMKG mengjangkakan bahawa Sumatera Selatan akan terus mengalami hujan pada musim kemarau pada bulan Ogos hingga September.

Menurut ketua BMKG Palembang, Desindra Deddy Kurniawan, keadaan ini mempunyai persamaan dengan cuaca dan iklim yang berlaku pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, hujan pada musim kemarau pada tahun 2020 hanya sekitar 50mm atau tidak melebihi 150mm dalam satu bulan atau pada kategori pertengahan.

Dia juga mendedahkan bahawa beberapa titik panas telah muncul di Sumatera Selatan tetapi hujan yang turun pada Jumaat telah memadamnya, menjadikannya kembali ke tahap hijau atau selamat.

Namun, masyarakat Sumatera Selatan tetap diingatkan untuk berwaspada kerana kebakaran hutan juga 99 peratus disebabkan oleh aktiviti manusia.

Sumber: Kompas TV

Sofea

There's always another side to every story