Siakap Keli
indonesia wanita robohkan rumah suspek rogol
Sumber: detiksulsel

Indonesia: Sekumpulan Wanita Robohkan Rumah Suspek Rogol Kanak-Kanak Perempuan

Indonesia: Sekumpulan Wanita Robohkan Rumah Suspek Rogol Kanak-Kanak Perempuan

Kesal akan perbuatan keji seorang lelaki merogol kanak-kanak bawah umur, sekumpulan wanita melampiaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan jirannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa di Daerah Tamalatea, Jeneponto, Indonesia Januari lalu.

Suspek yang dipercayai mabuk telah memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi ketika mangsa terjaga tengah malam untuk pergi ke tandas.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum suspek ditahan pihak berkuasa pada Februari.

Meskipun penjenayah telah ditahan oleh pihak polis, namun orang ramai berang dengan kejadian itu dan bertindak merobohkan rumah yang didiami suspek.

Video sekumpulan golongan wanita yang dipercayai para ibu mengerumuni dan merobohkan rumah itu menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat para ibu bertindak merobohkan rumah suspek secara beramai-ramai. Mereka dilihat ‘bekerjasama’ menarik lari yang diikat ke tiang asas rumah itu.

Difahamkan, anggota polis yang berada di lokasi tidak dapat menghalang perbuatan penduduk kerana mereka yang datang merobohkan rumah terbabit terlalu ramai.

Dalam pada itu, isteri suspek meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penduduk kampung kerana rumah yang dirobohkan itu sebenarnya milik ibu bapa kepada isteri suspek.

Dipercayai, rumah yang sudah hancur itu kini tidak boleh diduduki lagi selepas dirobohkan penduduk.

Isteri suspek kemudiannya turut melaporkan kes kerosakan rumahnya kepada Polis Tamalatea pada hari kejadian.

BACA: Tips Jawab Soalan Temuduga “Apakah Kekuatan Diri Anda?”

Sumber: detiksulsel

Sharifah Hannah Adibah