Siakap Keli
Kredit: Google

Wanita Dilapor Maut Dipercayai Akibat Dirogol, Alat Sulit Dirodok Besi & Ditemui ‘Bermandi Darah’

Seorang wanita yang diperkosa dengan kejam sehingga bermandi darah dan tidak sedarkan diri di Khairani Road, Mumbai telah meninggal dunia, lapor India Times.

Dalam kejadian pada Khamis, mangsa yang berusia lingkungan 30-an dilaporkan telah diperkosa, dipukul dengan besi dan kemaluannya dipercayai dirodok dengan besi sebelum ditinggalkan.

Saksi yang terdengar jeritan daripada sebuah van tempo itu telah memaklumkan pihak polis, membawa kepada penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri dan bermandi darah.

Polis dikatakan telah menemuinya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Tambah India Times, mangsa kemudiannya dihantar ke sebuah hospital tempatan untuk menjalani rawatan. Dia disahkan meninggal dunia semalam.

Suspek telah ditangkap beberapa jam selepas insiden berkenaan dan bakal berhadapan tuduhan di bawah seksyen 307 (cubaan membunuh) dan 376 (rogol), tulis portal itu.

Sumber: India Times

Amira

Love yourself.