Siakap Keli
Kredit: The Sun

‘Tarzan Dunia Sebenar’ Dilapor Meninggal Dunia Akibat Kanser Selepas 8 Tahun Hidup ‘Moden’

Seorang lelaki yang digelar ‘tarzan dunia sebenar’ dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser hati pada 6 September lalu, lapor The Sun.

Lelaki Vietnam bernama Ho Van Lang, 52 itu dikatakan telah tinggal selama kira-kira 40 tahun di dalam hutan sebelum kembali ke dunia luar lapan tahun lalu.

Menurut portal itu, Ho Van Lang telah dibawa ayahnya lari ke dalam hutan pada 1972 ketika pengeboman tentera Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Vietnam telah membunuh sebahagian daripada keluarga mereka.

Sepanjang empat dekad berada di dalam hutan, kedua-dua beranak itu dipercayai tinggal di dalam rumah pokok dan membuat pakaian menggunakan kulit pokok.

Dari segi diet pula, mereka memburu pelbagai jenis haiwan untuk dijadikan makanan antaranya monyet, tikus, katak, kelawar serta ikan selain mengambil sayuran, buah-buahan dan madu.

Tambah The Sun, kedua-dua mereka langsung tidak berhubung dengan dunia luar selama tempoh tersebut. Malah, mereka juga tidak percaya peperangan sudah tamat sehinggalah ditemui pada 2013.

Kredit: The Sun

Selepas keluar dari hutan, Ho Van Lang bersama ayahnya telah tinggal di sebuah perkampungan kecil di daerah Tra Bong, Vietnam, tulis portal itu.

Menurut kenalannya, mereka khuatir jika ‘kehidupan moden’ di dunia luar adalah keterlaluan buat lelaki tersebut.

“Dia seorang manusia yang baik. Mustahil untuk melupakannya. Saya akan rindu dia setiap hari,” kata salah seorang kenalannyam Alvaro Cerezo seperti dipetik The Sun.

“Tapi saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar. Saya selalu risau jika dirinya tak mampu menanggung perubahan yang drastik.

“Dia habiskan masanya tinggal dalam hutan dan datang ke luar di mana dia mula makan makanan berproses dan kadangkala minum alkohol,” ujarnya.

Kongsi lelaki itu, dia pernah tinggal di dalam hutan bersama Lang selama seminggu di mana mereka berburu untuk meneruskan hidup.

Katanya, Lang ibarat anak kecil yang mempunyai kemahiran luar biasa.

“Semasa di dalam hutan, semua yang memakan masa berjam-jam untuk saya lakukan, dia boleh lakukan dalam beberapa saat sahaja.”

Kredit: The Sun

Selain itu, Cerezo turut berkongsi kehidupan Ho Van Lang ketika mula hidup di dunia luar.

“Pada waktu malam, dia akan teruja dengan cahaya yang datang daripada lampu.

“Lang beritahu kami yang dapat menikmati cahaya pada waktu malam adalah sesuatu yang paling luar biasa,” ujarnya seperti ditulis The Sun.

“Dan kemudian dia melihat televisyen buat pertama kali, sesuatu yang pernah diceritakan ayahnya kepadanya semasa dia masih kecil.

“Jadi dia tahu, mereka yang muncul di kaca televisyen bukan berada di dalam ‘kotak’ tersebut.”

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.