Bagi peminat kuih tradisional Melayu, pasti tidak janggal dengan aneka kuih pedas seperti pau sambal, karipap kentang, popia pedas dan lain-lain.
Bercerita tentang popia pedas, baru-baru ini Izan Affandy berkongsi resipi popia pedas yang disira dengan sambal merah manis.
Cara memasaknya tidaklah sukar mana. Tapi apa yang menariknya, popia pedas ini mampu kekal rangup sampai ke petang nanti.
Oleh itu, jom kita cuba resipi popia pedas oleh Izan Affandy seperti di bawah ini. Selamat mencuba!
Resipi popia pedas
Siapa yang minat popia pedas. Rangup sampai ke petang mai abam share resipi. Sebelum PKP abam niaga depan rumah je. Tapi popia ni memang laris abam buat jual. Sapa nak mai follow resipi abam ni.
Bahan-bahan:-
- 1 paket kulit popia brand Pertama 50 pcs
- 1/2 kg taugeh
- 1 biji carrot (lobak merah)
**carrot diparut dan dicampurkan dengan taugeh
Bahan-bahan sambal:-
- 2 senduk cili blander
- 2 senduk cili sos
- 1 labu bawang putih (dikisar)
- 1 sudu teh serbuk perasa
- Sedikit garam (jangan banyak sangat garam ye nanti masin)
- 8 sudu makan gula (sebab popia nak sambal dia manis-manis pedas)
- Sejemput ikan bilis
Cara buat boleh rujuk dekat gambar ye. Abam halalkan resipi ni kalau nak buat jual pun silakan..
Cara membuatnya:-
1) Goreng popia dengan api slow dalam 30 minit. Supaya lapisan popia masak sekata, kalau api kuat popia akan garing lapis atas lapisan dalam masih tak garing itu menyebabkan popia cepat lembik.
2) Popia yang dah garing toskan minyak.
3) Yang ni siap untuk dimakan.
4) Ni contoh popia yang ditempah oleh pelanggan abam, 1 box RM40 100 pcs. Mahai ke murah abam tanya je.
6) Ni contoh kulit popia abam guna (gambar ni abam pinjam dengan cik Google sebab gambar ni takdak dalam simpanan abam) sebab dalam banyak-banyak kulit popia yang abam guna, ni yang paling abam suka.
Sebab bila dah siap goreng popia tu rangup dia halus. Bukan rangup kasar. Kalau nak guna brand lain silakan tapi yang ni abam syorkan.
7) Ni contoh gambar balut popia sebelum goreng. Maaflah gambar taugeh / carrot takdak dalam simpanan abam. Untuk lekatkan balutan sapu dengan sedikit bancuhan tepung gandum sebagai gam (1 sudu tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam).
**cara balut boleh rujuk belakang plastik kulit popia
8) Ni sambal yang dah siap dimasak. Masak sambal ni buat macam sambal tumis ikan bilis biasa. Buh sedikit minyak buh cili blend dan ikan bilis (tak perlu tambah perasa lagi), cili dah garing lepas tu sejukkan.
Dah sejuk ceduk sambal tu masukkan dalam blender (tujuan untuk kisar halus ikan bilis yang ada dalam sambal tu). Tambah sos cili, garam, gula, serbuk perasa, bawang putih dan sedikit air, kisar halus semua sekali.
Dah selesai, masukkan dalam kuali. Kacau sambal sampai pekat, lepas tu baru masukkan popia yang dah siap digoreng. Siap. Boleh tambah bijan atau bawang goreng jika mahu.
Sumber: Izan Affandy melalui Masak Apa Hari Ini