Siakap Keli

Beli Makanan Kucing & Menang Hadiah RM 15,000, “Cat Lovers” Menyesal Kalau Lepaskan Peluang Ini

Kucing, macam yang korang tahu, sudah menjadi rakan karib manusia sejak sekian lama dahulu. Walaupun kita berbeza spesis dan status hubungan hanyalah tuan dengan haiwan peliharaan, tapi kasih sayang yang wujud tu memang ‘real’, kan?

Tak percaya, tanyalah cat lovers yang korang kenal, tengok cara mereka melayan kucing masing-masing, kadang-kadang macam darah daging sendiri pun ada.

Bahkan, ada yang tak kisah nak belanja ratusan hingga ribuan ringgit setiap bulan, semata-mata nak memastikan makan pakai kucing terjaga dengan baik, tiptop dari hujung misai hingga hujung ‘paw’.

Dalam banyak-banyak tu, yang paling cat lover ni jaga mestilah bab pemakanan si bulus. Sebabnya, kucing ini kadang-kala ada perangai cerewetnya juga, macam manusia. Dry food dan wet food, bukan boleh main beli je, nanti boleh hilang selera si bulus. Kita juga yang susah hati nanti bila tengok anak bulu kesayangan tak lalu makan.

Gambar Hiasan

Apa nak buat kalau kucing tak nak makan? Runsing memang runsing, tambah-tambah yang tak biasa ataupun kali pertama memelihara kucing.

Sebenarnya, apa yang korang kena buat adalah memilih makanan ‘penggalak’ iaitu makanan yang boleh meningkat selera si bulus korang.

Bila belek-belek dekat Shopee, terjumpa satu kedai menjual makanan kucing yang mendapat sambutan luar biasa daripada cat lovers. Rata-rata review yang diberi, semua berpuas hati dengan produk berkenaan. Nama kedai Shopee tersebut adalah ProDiet dan makanan kucing yang menjadi kegilaan cat lovers adalah dari jenama Delizios®.

Delizios® ni kalau korang nak tahu, adalah produk makanan berkualiti tinggi yang dah lama jadi pilihan cat lovers. Dah ada pengikutnya yang tersendiri. Kalau korang tengok dekat stor Prodiet tu, belasan ribu pek dan tin produk Delizios® dah terjual.

Terkini, dengar cerita Delizios® akan memperkenalkan barisan baru iaitu Delizios® Mousse untuk santapan kucing-kucing kesayangan korang.

Delizios® Mousse dengan 100 peratus daging asli & produk berlabel MSC

Korang mesti rasa tak sabar sangat-sangat nak ‘belanja’ kucing-kucing korang dengan produk terbaharu Delizios® kan?

Haa, khas untuk si bulus kesayangan korang, Delizios® tak lama lagi akan melancarkan Delizios® Mousse Siri 100 Peratus Daging Asli. Ia dihasilkan dengan tuna daging MSC bermutu tinggi dan mempunyai 3 rasa unik yang memberikan rasa sensasi menyeronokkan saat menikmati makanan premium berkualiti tinggi kepada buat si meow.

Jadi, kami pun tertanya-tanya apakah rahsia Delizios® Mousse ni?

Rupanya, Delizios® Mousse boleh menambah selera kucing-kucing kesayangan korang kerana ia dihasilkan daripada 100 peratus daging ikan sebenar yang berkualiti tinggi gred manusia dan menepati standard produk MSC.

Eh jap, apa itu MSC? Dalam bahasa mudahnya, MSC ini adalah satu standard global yang diwujudkan bagi melindungi sumber makanan di lautan.

Untuk mendapatkan label biru MSC pada produk makanan berasaskan sumber laut ini, pengeluar-pengeluar perlu memastikan sumber makanan tersebut diperoleh melalui aktiviti penangkapan yang sihat yang menjamin kelangsungan sumber laut.

Setiap syarikat yang nak memohon label ini perlu melalui satu proses ketat yang dipantau oleh kumpulan saintis dan pakar marin. Audit tahunan juga akan dibuat untuk memastikan pengeluar-pengeluar ini mengekalkan standard MSC atau label akan ditarik balik. Bukan calang-calang tau.

Jadi, bila korang membeli Delizios® Mousse ini, korang bukan je bagi makanan yang sihat dan berkualiti tinggi, korang juga sebenarnya sedang menyokong usaha pemeliharaan sumber laut untuk masa depan korang dan kucing kesayangan.

Tiga perisa, ketiga-tiga memikat selera

Selalunya makanan kucing yang ada kat pasaran tak ada banyak pilihan perisa sangat. Tetapi untuk Delizios® Mousse ini, dikeluarkan serentak dalam 3 pilihan perisa.

Jadi sebagai cat lovers, korang boleh pilih, atau lebih tepat lagi, kucing korang boleh pilih diantara perisa Tuna, Tuna Katsuobushi dengan Tuna Chicken. Atau mungkin, korang boleh try beli ketiga-tiganya sekali untuk si bulus korang. Layan si bulus korang bak raja, haa gituuuu.

Satu lagi, kalau tengok rupa Delizios® Mousse ni, silap-silap kita pun jadi berselera juga tau. Tak tipu, korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah.

Ada dua lapisan, yang bahagian atas berwarna cerah mempunyai rasa yang sederhana dengan tekstur makanan yang lebih kenyal tetapi lebih berjus. Gandingan untuk lapisan pertama ini menggunakan isi putih tuna ataupun isi ayam.

Untuk lapisan kedua pula, mempunyai rasa yang lebih kuat, tinggi kandungan lemak dan tekstur yang lebih lembut. Gandingan lapisan kedua ini adalah 100 peratus isi tuna iaitu tuna whole loin dan tuna daging merah.

Senang dihadam, baik untuk bulu & penglihatan kucing

Selain dua lapisan yang menggiurkan, Delizios® Mousse ini juga dicipta untuk mudah dihadam oleh kucing. Kombinasi tekstur kenyal dan lembut memberikan pengalaman menikmati makanan yang mengujakan, selain kebaikan minyak kacang soya yang ditambah untuk menghasilkan bulu kucing yang lebih lembut dan kulit yang lebih sihat.

Delizios® Mousse juga tidak mempunyai sebarang perisa tiruan tambahan. 100 peratus adalah rasa asli daripada daging tuna yang menepati standard MSC. Jadi, dari kebaikan daging tuna berkualiti tinggi ini, penglihatan kucing korang bertambah tajam dan peka.

Baik untuk anak kucing, kucing bunting dan ibu kucing tengah menyusu

Ada anak kucing yang berpisah susu dengan ibu terlalu cepat, dan ada juga anak kucing yang kalah bersaing dengan adik-beradik lain ketika menyusu. Dua-dua keadaan ini, pasti membuatkan anak kucing menjadi tidak membesar dengan betul akibat kekurangan nutrisi.

Jadi, Delizios® Mousse yang lengkap dengan pelbagai nutrisi ini sesuai dijadikan makanan pengganti untuk anak-anak kucing yang tak bernasib baik ini.

Selain itu, tekstur makanan yang kenyal dan lembut sesuai untuk persedian anak-anak kucing ini bertukar daripada susu ibu kepada makanan lain. Kandungan air yang ada dalam Delizios® Mousse juga boleh membantu mengelakkan si bulu kecil ini daripada mengalami hidrasi, sekali gus mengelak terkena penyakit yang berpunca daripada kekurangan air.

Delizios® Mousse juga sesuai diberikan kepada kucing dewasa, kucing bunting dan ibu kucing yang tengah menyusu. Gabungan dua lapis boleh menambah selera kucing bunting atau kucing yang tengah menyusukan anak, jadi susu yang diberi lebih berkhasiat.

Korang juga boleh mencampurkan Delizios® Mousse dengan Dry Food untuk membiasakan anak kucing yang tengah menyusu supaya ‘kenal’ dengan makanan yang dimakan ibunya, jadi lebih mudah untuk anak kucing ini bertukar ke makanan lain nanti.

Senang cakap, Delizios® Mousse sesuai untuk semua peringkat umur kucing. Jadi korang tak perlu nak pening kepala atau berbelanja lebih untuk membeli makanan yang berbeza-beza.

Produk baharu, kat mana nak beli?

Dah tahu semua kebaikan Delizios® Mousse, korang mesti tak sabar nak beli untuk bulu-bulu kesayangan korang kan?

Haaa, Delizios® Mousse boleh dibeli melalui platform Shopee ProDiet. Tetapi, pelancaran rasmi produk ini akan dibuat pada 20 September nanti. Serentak dengan pelancaran ini, ada kempen yang turut dijalankan dan menawarkan pelbagai hadiah menarik yang lumayan, keseluruhan bernilai RM 15,000.

Dengan berbelanja minimum RM 50 di kedai Shopee atas talian ProDiet, korang boleh menyertai peraduan SPEND, SPIN & WIN PRIZES.

Antara hadiah-hadiah yang menanti korang adalah Sony WF-SP900 Sports Wireless Headphone berharga RM 1,149, Tefal So Chef Deep Frypan bernilai RM 199, hamper ProDiet bernilai RM 30, mangkuk makanan ProDiet porcelain bernilai RM 29, baucar potongan harga 10 peratus ProDiet dan juga 200 syling Shopee.

Jadi, jangan lupa temu janji korang pada 20 September ini dalam live di kedai Shopee atas talian ProDiet ok.

Lagi satu, korang juga boleh menyertai kumpulan Facebook Prodiet, kat sini ada ramai cat lover berkumpul dan berkongsi ilmu-ilmu yang best mengenai penjagaan kucing kesayangan masing-masing.

Korang juga boleh melayari laman web, Facebook dan Instagram Delizios® untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk terbaharu ini.

Nantikan pelancaran rasmi online di Shopee ProDiet pada 20 September!

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.