Siakap Keli

SUKE TV Perkenal SUKE Stars, Barisan Selebriti Terkenal Dan Bakat Tempatan Untuk Rangkaian TV Pembelian SUKE Shop

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – SUKE TV, sebuah stesen rangkaian penyiaran tempatan yang dilancarkan baru-baru ini oleh Dato’ AC Mizal, hari ini mengumumkan barisan personaliti tempatan terkenal sebagai rakan selebriti. Rakan selebriti yang dipanggil SUKE Stars ini akan menjadi penyampai dan mempersembahkan produk di rangkaian TV pembelian utama stesen ini iaitu SUKE Shop. Pengenalan para personaliti hiburan Malaysia ini adalah sejajar dengan misi stesen untuk membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia.

“Kami mengalu-alukan kedatangan rakan selebriti ke dalam famili SUKE Shop untuk bersama-sama memeriahkan persada hiburan tanah air dengan pengaruh dan perawakan mereka! SUKE Shop bukan sekadar sebuah rangkaian TV pembelian shoppertainment, menawarkan nilai menerusi peralihan medium dari tradisional dan teater ke pilihan dan perkhidmatan digital on-demand 24 jam sehari. Kami berhasrat menyumbang dan mendedikasi SUKE Shop kepada selebriti tempatan, penghibur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para penonton. Kami amat berbesar hati dan gembira dapat menyediakan rangkaian TV pembelian ini yang bukan sekadar menyajikan hiburan semata-mata tetapi juga membantu industri ini secara keseluruhannya,” kata Dato’ AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV.

“Kualiti unik yang ada pada SUKE TV membezakan kami daripada pemain industri lain di mana segmen hiburan kami akan disiarkan 24 jam sehari dengan kerjasama rakan selebriti dan kandungan yang didorong kuasa bintang untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan. Strategi platform berkembar kami yang terdiri daripada rangkaian TV pembelian dan e-dagang serta hiburan membolehkan penonton untuk turut mengambil bahagian,” tambah beliau.

Antara personaliti yang turut serta termasuk ikon ternama industri hiburan tanah air seperti Wak Doyok, Tengku Azura, Maryam Ryzal, Ernie Zakri, Emelda Rosmila dan Syamel; pempengaruh media sosial seperti Aireena Sofia, Mat Dan, Bibi Qairina dan Rushdan Wafa; dan bakat hiburan seperti Reeve Damien, Allisya Tahir dan Fauzi Zulkifli.

Menerusi rangkaian siaran SUKE TV yang padu dan beroperasi secara penuh, SUKE Shop merupakan sebuah rangkaian TV pembelian percuma (free-to-air) 24/7 yang memfokus pada hiburan dan e-dagang sebagai wadah pembelian menerusi televisyen menerusi MYTV untuk semua penonton. Penonton di Malaysia boleh berbelanja sambil dihidangkan dengan hiburan oleh personaliti kesayangan mereka sepanjang hari menerusi SUKE Shop.

Untuk senarai penuh personaliti SUKE Stars, dapatkan yang terkini di platform media sosial rasmi SUKE Shop.

Senarai rakan selebriti SUKE Shop (disusun mengikut abjad):

Selebriti Pempengaruh Bakat
Achey Kintang Kintung Aireena Sofia Amir Rahim
Emelda Rosemila Arviena Nur Dahiyah
Ernie Zakri Asyraf Rozami Elfe Martin
Fairuz Ramdan Bibi Qairina Eliza Hisham
Linda Rafar Emaleen Minhad Fauzi Zulkifli
Maryam Younarae & Ryzal Ibrahim (Durian Kimchi) Hans Izack Haili Annur
Nazeera Sardi Mat Dan Naiem Annuar
Neera Azizi Nur Dahiyah Reeve Damien
Salina Saibi Nurin Lofa Syasya Jamal
Syamel Rushidan Wafa Syaza Jamal
Tengku Azura Syamim Hasni Tallisya Tahir
Wak Doyok Zazarinna Tanya Mikes

Siti Fatimah