Siakap Keli
Gambar: @kebojiman

(Video) Perasan Tapi Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Sebenar Simbol Ada Di Tag Baju

Pasti ramai diantara yang mungkin pernah ternampak simbol-simbol yang terdapat pada bahagian label setiap baju yang dibeli.

Walaupun begitu, tak ramai yang betul-betul tahu dan nak ambil tahu mengenai perkara tersebut.

Yelah, asalkan baju tu boleh dipakai dan tak rosak pun dah cukup dah.

Namun begitu, tahukah anda bahawa simbol-simbol yang terdapat pada label baju tersebut sebenarnya agak penting juga.

Ianya kerana, simbol tersebut adalah suatu bentuk amaran dan arahan tentang cara-cara yang betul bagi membasuh baju anda.

Satu akaun TikTok bernama @kebojiman ada berkongsikan tentang simbol-simbol yang terdapat pada kebanyakan baju yang perlu anda tahu.

Simbol pertama yang ditunjukkannya bermaksud bahawa baju anda itu hanya boleh dicuci di bawah suhu 40 darjah celsius sahaja.

 

Simbol yang kedua pula adalah simbol bagi cecair peluntur. Sekiranya baju anda terdapat pangkah pada simbol berkenaan, elakkan daripada mencuci baju tersebut menggunakan peluntur kerana ia mungkin boleh menyebabkan baju anda rosak.

Lambang ketiga pula adalah lambang seterika. Di dalam video tersebut terdapat 2 titik pada simbol seterika itu. Menurutnya, ada sesetengah baju yang mempunyai 3 bintik dan 1 bintik juga pada lambang seterika berkenaan. Namun, bagi yang terdapat 2 bintik, ianya bermaksud maksimum suhu yang boleh diguna pakai ke atas baju ini adalah sehingga 150 darjah celsius sahaja.

Simbol yang seterusnya pula bermaksud ‘cucian kering’. Sekiranya simbol ‘cucian kering’ yang terdapat pada baju anda itu dipangkah, ianya bermakna baju itu tidak sesuai untuk cara cucian tersebut.

Simbol yang terakhir pula adalah simbol ‘dryer’. Sekiranya terdapat satu titik sahaja seperti yang dikongsikan dalam video tersebut, ianya bermakna anda hanya boleh menggunakan pengering dalam suhu yang rendah sahaja.

@kebojiman

Tau ka taktau ka palatauu hehe

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber: @kebojiman

 

Aqmal Ezany

I write what is right