Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Penn Medicine

Pakar Diet Klinikal Bidas Dakwaan Susu Untuk Pesakit Yang Diintubasi Boleh Sebabkan Kebuluran, Ini Fungsi Sebenar Orang Awam Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila keadaan sudah semakin kritikal, pesakit-pesakit COVID-19 kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam ICU dan diintubasi bagi menyalurkan oksigen ke paru-paru mereka.

Ketika itu, pesakit ditidurkan atau berada dalam keadaan ‘koma’ dan jika diizinkan Allah, pesakit akan dapat diselamatkan dan berpeluang untuk sembuh semula.

Namun, ada juga yang tidak dapat bertahan dan meninggal dunia.

Dalam keadaan itu, ada orang yang mempersoalkan mengenai pemberian susu kepada pesakit ketika diintubasi dan mengatakan bahawa pesakit tidak mendapat nutrien yang secukupnya sehingga boleh menyebabkan kematian.

Menangkis kenyataan itu, pakar diet klinikal, Mohd Khairul Azuan ada menjelaskan mengenai pemberian susu untuk pesakit yang diintubasi dan menafikan bahawa ia boleh menyebabkan kebuluran kepada pesakit.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Saya tak nak komen bab intubasi and whatsoever tu sebab ia more to medical side. Saya hanya nak komen bab tak bagi makan kat pesakit. Hanya bagi susu. Adakah ia akan menyebabkan starvation?

Susu yang diberikan kepada pesakit yang di intubasi adalah melalui tiub pemakanan samada nasogastric, orogastric, jejunostomy, gastrostomy feeding dan lain-lain. Last method aSusudalah parenteral nutrition.

Susu yang digunakan di hospital untuk pesakit, kita panggil enteral formula. Boleh dikatakan semua enteral formula yang digunakan di hospital adalah complete & balance dari segi kalori serta nutrisi. Pesakit tidak perlu disuap atau dimasukkan nasi dengan lauk pauk serta sayur ke dalam mulut kerana pesakit tidak sedarkan diri setelah diintubasi. Gag reflex pun tak ada. Bagaimana mahu makan dan telan.

Kalori dari susu yang diberikan kepada pesakit adalah mencukupi dan sesuai dengan keadaan, umur, berat dan dan tinggi pesakit. Dietitian di ICU akan ditugaskan untuk mengira keperluan pesakit supaya proses penyembuhan dapat terjadi dengan baik.

The main purpose of nutritional support is to prevent malnutrition and its associated complications, by modulating the stress response of the patients.

Siapa nak baca lebih lanjut berkenaan nutrition in critical setting boleh ke link ini.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3564561/

Akhir kata, ‘susu’ yang diberikan kepada pesakit yang di intubasi tidak menyebabkan starvation malah lebih memberi outcome yang lebih baik kepada mereka.

Sumber: Mohd Khairul Azuan

Sofea

There's always another side to every story