Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)”Patut Hantar Belajar Muzik,” Gelagat Kucing Ajuk Irama Lagu Raih 11 Juta Tontonan

Gambar:@leeting2021

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan kegemaran ramai dek kerana wajah dan kerenahnya yang comel. Tanpa mengira baka, rakaman haiwan ini di Internet sering mendapat perhatian ramai warga maya merangkap pencinta kucing.

Baru-baru ini, rakaman seekor kucing yang ‘mengajuk’ rentak suara tuannya menjadi tumpuan ramai. Video dikongsikan @leeting2021 itu telah mendapat lebih 11.4 juta tontonan serta 1.8 juta tanda suka setakat ini.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dipercayai pemilik kucing berkenaan telah menyanyikan beberapa rentak irama sebelum diikuti oleh kucing berkenaan. Bakat ditunjukkan kucing tersebut telah membuatkan orang ramai terhibur sekaligus menyarankan wanita tersebut untuk menghantarnya ke kelas muzik.

Hantar ia ke sekolah muzik

Cuba hantar ke Hogwart

‘Talking Tom’ ke ni?

Sumber: @leeting2021