Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Menakutkan, Detik 2 Ular Hitam Ditemui Di Belakang Rumah, Sibuk ‘Bergaduh’ Sama Sendiri

Pertarungan dua ular hitam berperut merah dipercayai bagi menunjukkan dominan telah mengejutkan pemilik sebuah rumah di Queensland, Australia, lapor Daily Mail.

Menurut portal itu, ular bersaiz satu meter setengah berkenaan dilihat melilit antara satu sama lain sebelum ditangkap oleh penangkap ular.

“Saya terima panggilan dua ular hitam berperut merah sedang bergaduh. Saya hanya lihat kejadian ini sekali,” kata Stuart McKenzie seperti dipetik Daily Mail.

Sebaik sahaja tiba di kediaman tersebut, Stuart mendakwa haiwan berkenaan masih bergaduh sebelum bertindak cuba untuk menangkap kedua-duanya sekaligus.

“Kedua-duanya antara ular hitam berperut merah paling besar saya pernah lihat,” ujarnya.

Stuart kemudiannya menangkap ular-ular tersebut dan memasukkannya ke dalam karung untuk dilepaskan di lokasi lain. Lapor Daily Mail, ular berkenaan dipercayai bergaduh bagi merebut seekor ular betina yang berkemungkinan berada berhampiran lokasi itu.

“Mungkin ada ular betina berhampiran kerana ada dua ekor jantan. Panjangnya sekitar lima kaki,” katanya lagi.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.