Siakap Keli

(Video)”Underwater Tractor” Viral Jentera Seberang Sungai Secara ‘Menyelam’ Buat Ramai Bingung

Jentera-jentera berat yang dicipta di dunia ini kebanyakannya memang dilengkapi dengan ciri-ciri pertahanan yang kukuh bagi menangkis sebarang impak kemalangan. Apatah lagi jika ia digunakan untuk kerja-kerja berisiko.

Tapi apa yang berlaku dalam rakaman video ini memang menarik perhatian kita semua. Bayangkan, kenderaan jenis jentera berat yang selama ini mampu meredah lumpur di daratan, kini boleh ‘menyelam’ pula di dalam air.

Begitulah seperti yang dikongsikan di laman Facebook ini apabila dua individu memandu traktor mereka masuk ke dalam air di sebuah kawasan ladang, dipercayai berlaku di Tanzania.

Menariknya, kedua-dua mereka kelihatan selamba memandu jentera tersebut masuk ke dalam air bagi menyeberangi sungai untuk ke seberang sana, tanpa memakai sebarang alat bantuan keselamatan.

Menurut video itu lagi, mereka memandu traktor itu sampai hampir tenggelam sepenuhnya di bawah permukaan air sungai. Jentera itu bergerak perlahan-lahan hinggalah muncul kembali di permukaan daratan di seberang.

Rakaman kejadian unik berdurasi 38 saat ini tular di media sosial serta telah ditonton hingga 42 juta tontonan setakat ini. Dalam masa sama, ia turut mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada orang awam.

Timbul persoalan netizen

Bagaimanapun menurut sesetengah pendapat di ruangan komentar, ada yang menyanggah ‘keunikan’ jentera berkenaan. Sebaliknya jelas mereka, ia adalah perkara biasa bagi jentera yang menggunakan bahan bakar jenis diesel.

“Saya bayangkan, anda memang boleh membuatnya. Motor diesel atau motor petrol kalis air yang bercampur dengan kemasukan udara daripada tangki udara yang termampat,” dakwa seorang netizen, Alastair Mackintosh.

Sementara itu, Ritesh Pahladsingh pula mendakwa, traktor itu mampu ‘selamat’ adalah kerana memiliki ciri-ciri teknikal yang dipercayai tidak disedari ramai ketika ia menyelam.

“Traktor itu dalam keadaan ‘winched’, inlet dan eksoz telah disambungkan. Jadi air tidak akan termasuk ke dalam enjin. Yeah, video ini kabur dan kabel itu seakan tidak kelihatan,” jelasnya.

Bagaimanapun seorang netizen, Kipkoech Collins Ngenoh berseloroh, “Ini ialah Afrika, bumi yang ada segala kemungkinan. Haha. Tapi mempercayai mesin anda adalah lebih penting dan ia kunci untuk kejayaan.”

 

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'