Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang guru terutama dalam tempoh pandemik pada ketika ini. Manakan tidak, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh mereka ketika mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian.
Ada sesetengah pelajar yang tidak memberikan kerjasama baik sehingga membuatkan guru-guru merasa kecewa dan sedih. Bahkan, sudah kerap kali kita mendengar mengenai pelajar yang tidak menghadiri kelas dan membiarkan guru mereka terpinga-pinga seorang diri.
Seperti perkongsian oleh Shameel Salleh yang tular di Twitter apabila kelas yang diadakan oleh ibunya tidak dihadiri oleh semua pelajar.
Difahamkan, ibunya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5.
Menerusi tangkap layar perbualan bersama ibunya di WhatsApp, ibunya meluahkan kekecewaan dan merasakan bahawa dia “syok sendiri”.
Selalu kalau buat kelas pun berapa kerat ja masuk, tak sampai separuh. Harini takda terus, kesian ibu saya.
Pity my mom 😭 Selalu kalau buat kelas pun berapa kerat ja masuk not even half. Harini takda terus 😭😭😭 pic.twitter.com/KiSlnxkeAh
— MËEŁ (@shameelsalleh) September 24, 2021
She is an English teacher btw. For SPM form 4 & 5 ☺️
— MËEŁ (@shameelsalleh) September 24, 2021
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat ibunya dan meminta pautan untuk memasuki kelas itu.
Sumber: shameelsalleh