Siakap Keli

(Video) Tak Sedar Mikrofon “Mute”, Pensyarah Habiskan Masa 2 Jam Cakap Seorang Diri Mengajar Online

Seorang pensyarah menghabiskan waktu selama dua jam bercakap seorang diri semasa mengajar melalui aplikasi Zoom kerana tidak menyedari bahawa mikrofonnya telah dimatikan.

Profesor matematik di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dong Wang, dilihat sangat kesal setelah menyedari kesalahannya itu.

Menurut Tribunnews, dia hanya menyedari bercakap dengan dirinya sendiri ketika dia mengajukan soalan kepada pelajarnya menjelang kelas dalam talian itu berakhir.

Anehnya, mikrofon yang tidak diaktifkan semasa dia sedang mengajar tiba-tiba berfungsi semula.

Dia menyedari bahawa pelajarnya tidak mungkin akan mengemukan soalan kerana mereka tidak dapat mendengar suaranya semasa kuliah itu berlangsung.

“Hai prof, dari awal lagi suara prof sudah mute, kami tidak dapat mendengar apa-apa sejak 6.08 tadi,” kata seorang pelajar.

Reaksi profesor yang terkejut itu telah dirakam dan kini menjadi tular setelah dimuat naik ke Youtube.

Pelajar pula mengatakan bahawa kelas itu bermula dengan lancar pada awalnya namun tiba-tiba skrinnya kelihatan ‘tersekat’ seperti mengalami gangguan internet, selepas itu dia muncul semula dengan suara yang ‘dibisukan’.

Profesor itu tidak menyedari keadaan itu walaupun beberapa pelajar telah cuba memberitahunya.

Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan gangguan teknikal tersebut tetapi pelajar mengesyaki bahawa gangguan itu mungkin disebabkan gajet yang digunakan olehnya.

Sumber: Tribunnews

Sofea

There's always another side to every story