Siakap Keli
Gambar: Zulkifli Ismail

Pelakon ‘Legend’ Ajar Cara Nak Sebut 3 Nama Tempat Di Kedah Yang Ramai Salah Sebut Selama Ini

Sebagai rakyat Malaysia yang dah biasa bertutur bahasa ibunda, nama-nama tempat di luar negara kadang-kadang tu susah untuk kita sebut. Tambahan pula yang ejaan lain, tapi bacanya lain. Tergeliat rasanya lidah bila nak sebut kan.

Kalau nama tempat di luar negara tu boleh pejam sebelah mata lah kalau tersalah sebut. Tapi kalau korang nak tahu, nama tempat di negara sendiri pun ada yang masih sebut dengan cara salah.

Oleh itu, pelakon veteran tanah air, Zulkifli Ismail yang ikonik dengan siri Gerak Khas ni kongsi tiga nama tempat di Kedah yang sering disalah sebut. Video ini telah mendapat 467.2 ribu tontonan di TikTok setakat ini.

Nak tahu apa tiga tempat tu dan macam mana cara sebutan yang betul, tonton video penuh di bawah ini.

@zulkifliismail01

Sebut Betul Betul. #kedah #bedong #aloqmerah #kodiang #namatempat @epykodiang

♬ original sound – zulkifliismail01 – zulkifliismail01

Lepas ni jangan salah sebut dah tau!

Sumber: Zulkifli Ismail

Eyla Azri