Siakap Keli

(Video) Lelaki Hidap ‘Cerebral Palsy’ Kongsi Tiga Perkara Yang OKU Tak Suka, Mungkin Kita Terlepas Pandang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Orang Kelainan Upaya atau ringkasannya OKU merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian sewajarnya dalam kehidupan seharian. Seperti kita juga, mereka pun ada perasaan terhadap sesuatu keadaan dan perkara.

Tahukah anda, di sisi sudut pandang OKU, ada beberapa perkara yang tidak selesa dilihat di mata mereka. Lebih-lebih hal yang menyentuh emosi, perasaan, keupayaan dan fizikal mereka sendiri.

Berdasarkan perkongsian oleh seorang netizen OKU ‘Cerebral Palsy’, Zaid baru-baru ini, terdapat tiga perkara yang tidak disukai oleh kebanyakan golongan OKU. Kita mungkin terlepas pandang mengenainya.

Menurut Zaid, OKU tidak menggemari perbuatan melibatkan penghinaan terhadap fizikal atau disebut sebagai body shaming. Ini termasuklah seperti mengejek, mengajuk atau meniru perbuatan dan seumpama dengannya.

Selain itu, OKU juga tidak menyukai tindakan seseorang yang membuatkan mereka berasa jatuh (down), lemah, berasa kasihan (dipercayai secara melebih-lebih) dan banyak lagi.

Tambah Zaid lagi, OKU juga agak sensitif dengan istilah ‘cacat’. Mereka tidak suka dipanggil sebegitu, malah perkataan negatif seperti yang bermaksud ‘tak guna’ mahupun berunsur penghinaan turut tidak disukai mereka.

Maka sebaliknya, kita mestilah menggunakan perkataan-perkataan yang baik ketika berkomunikasi, selain turut memberi layanan dan kata-kata positif kepada mereka.

Jelas Zaid, berilah kata-kata semangat seperti yang dilakukan Rasulullah SAW bersama para sahabat terhadap beberapa OKU di zamannya seperti Amr Ibnu Jumuah dan Julaibib (sahabat syahid) dan alim ulama’, Ummi Maktum.

Untuk kefahaman lebih jelas, mari tonton perkongsian Zaid dalam video yang dimuat naik ke TikToknya seperti di bawah ini. Anda akan mendengar dari mulut dan gaya bahasa Zaid sendiri. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @Zaidharithahcp / TikTok @zaidharithahcp

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'