Siakap Keli
Gambar: @aldichip

(Video) Senget Sikit Terus Bertukar ‘Alam’, Viral Jambatan Sempit Dilalui Motosikal Bikin Ramai Cuak

Bukan sebarangan orang berani lalu. Sebuah jambatan di sebuah perkampungan di Indonesia menarik perhatian ramai dengan lokasi dan binaannya yang boleh membuatkan orang meremang bulu roma.

Bersaiz kecil dan dipercayai hanya boleh dilalui sebuah motosikal sahaja pada satu-satu masa, jambatan itu dipercayai berasal daripada landasan keretapi yang sudah tidak digunakan, lapor Suara.com.

Menurut portal itu, bahagian kiri dan kanan jambatan itu terdapat jurang yang curam serta tidak mempunyai penghadang. Di bawahnya pula terdapat sawah dan sungai yang tampak indah kehijauan.

Rakaman asal dikongsikan @aldichip di TikTok itu telah mendapat lebih 6.9 juta tontonan dan 672.2 ribu tanda suka sejak dimuatnaik semalam.

@aldichip

#fyp #foryou #motovlogger #motovlogindonesia

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Rata-rata meluahkan rasa gayat tatkala melihat penunggang tersebut melintasi jambatan berkenaan.

Macam naik roller coaster

‘Jalan ke syurga’

Yang belajar naik motor, belajar je di sini. Pemandangannya bagus

Merangkak lalu situ

Pemandangan indah menuju barzakh

Sumber: Suara.com, @aldichip

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "