Bagi siapa yang suka makan burger ‘tepi jalan’, mesti dah hafal kan nama-nama burger yang dijual? Ayam biasa, ayam special, daging cheese, daging double special cheese, benjo, burger kahwin, oblong kambing dan banyak lagi.
Cara kita nak order pun mudah je. “Bang, ayam biasa satu, taknak sayur, sos lebih!”. Abang burger tu pun tulislah order kita kat kertas atau conteng je kat tiang gerai guna marker pen. Itulah ‘bahasa burger’ orang panggil.
Tapi pernah terfikir tak, macam mana orang kelainan upaya (OKU) nak order burger mereka? Lebih-lebih lagi yang ada masalah pendengaran atau percakapan. Tak semua abang burger boleh ‘tangkap’ apa yang mereka sebutkan.
Justeru, apa kata kita lihat macam mana OKU pendengaran order burger mereka di gerai menggunakan bahasa isyarat seperti yang dikongsikan Anissa Jailani dalam video ini. Sangat unik ye, rasa best dapat belajar bahasa mereka.
Jom tonton video ini. Semoga bermanfaat!
Bagilah orang awam dan penjual burger, masih ingat bahasa isyarat lagi ke? Mesti lah semua dah guna buku dan pen untuk berkomunikasi dgn org special. Semoga bermanfaat. pic.twitter.com/qn85CxC2s3
— ✨ (@anissajailani_) September 28, 2021
Oh, begitu rupanya bahasa isyarat yang digunakan OKU kalau nak order burger. ‘Burger’ ada gayanya, ‘ayam’ ada gayanya, ‘special’ (telur) pun ada gayanya. Hebat betul.
Jadi lepas ni, abang-abang burger dah boleh belajar sikit-sikit bahasa isyarat ni. Manalah tahu nanti datang customer OKU pendengaran guna bahasa isyarat, sekurang-kurangnya dah boleh faham apa yang mereka nak. Tak gitu?
Oleh itu, korang kalau nak tengok Anissa berkongsi lagi tentang bahasa isyarat yang lain, bolehlah ikuti TikTok @anissajailani_. Mungkin ada banyak lagi benda baru yang korang boleh belajar.
Selamat mencuba!
Sumber: Twitter Anissa Jailani / TikTok @anissajailani_