Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hantar Gambar Berbaur Lucah, Pempengaruh Direman Empat Hari
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Suspek telah ditahan semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, seorang penyanyi mendedahkan beberapa kiriman gambar berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh terbabit kepada seorang remaja bawah umur.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, penyanyi itu memaklumkan bahawa beliau dihubungi oleh ibu kepada remaja berkenaan yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.
Tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh individu terbabit kepada remaja itu.
Sumber: Bernama
BACA: Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar
BACA: Pasukan Penyelamat Indonesia Temukan 15 Mayat Mangsa Banjir Kilat Di Papua Barat