Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TLDM Sahkan Trak Bawa Petugas LIMA Terbabas

Azizah Najib
Kredit: APM Negeri Kedah

TLDM Sahkan Trak Bawa Petugas LIMA Terbabas

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa sebuah trak 3-tan milik TLDM yang membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA’25 telah terbabas setelah hilang kawalan ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Al Ehsan, Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi selepas menunaikan solat Jumaat.

“Tiada kemalangan jiwa yang dialami dan kesemua 25 petugas yang terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk menerima rawatan awal. Manakala, dua (2) petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan di kaki,” maklum TLDM.

TLDM turut memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

Sumber: Tentera Laut Diraja Malaysia

BACA: Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini