Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Warga Emas Terbabas Kes Sungai Ditemukan

Mayat Warga Emas
Kredit: Orang Awam

Mayat Warga Emas Terbabas Kes Sungai Ditemukan

SUNGAI PETANI, 4 Okt (Bernama) -- Mayat lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, dekat sini ditemukan pada 9.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mayat Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan pada radius antara 50 hingga 100 meter dari tempat penemuan kenderaannya di dalam sungai.

“Mayat mangsa semasa dijumpai didapati dalam keadaan lengkap berpakaian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kenderaan dipandu mangsa ditemukan di dalam sungai, namun tiada mayat sebaik kenderaan terbabit dinaikkan ke darat.

Dalam pada itu, Hanyan turut mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam, iaitu pemilik video kejadian itu yang terus menghubungi polis sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian tersebut.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Mayat Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan pada 9.15 pagi tadi di Sungai Petani.
  • Polis berkata mayat ditemukan 50 hingga 100 meter dari lokasi kenderaan mangsa.
  • Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk proses bedah siasat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan