Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warga Emas Hilang Kereta Jatuh Sungai - Polis

Warga Emas Hilang
Kredit: IPD Kuala Muda Via Bernama

SUNGAI PETANI, 3 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur.

“Pada awalnya, pemandu dipercayai tenggelam bersama-sama kenderaan namun setelah kereta dinaikkan ke darat menggunakan kren, mangsa didapati tiada di dalamnya.

“Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kereta terbabit rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini,” katanya.

Intipati
  • Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai hilang selepas keretanya terjunam ke sungai.
  • Kereta Proton Wira dinaikkan menggunakan kren, namun mangsa tiada di dalamnya.
  • Bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar sungai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan