Bak kata pepatah, malang itu memang tidak berbau. Kemalangan di jalan raya kebanyakannya berpunca daripada perkara yang tidak diingini, sama ada keadaan struktur jalan yang berisiko, faktor cuaca mahupun kesilapan pemandu.
Tahukah anda, baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Farys Fuad berkongsi pengalaman ngerinya yang ‘terjerat’ pada objek halus ketika sedang menunggang motosikal di ibu kota.
“On the way nak ke Chow Kit tiba-tiba rasa kepala ditarik. Berhenti tepi tengok helmet dah lekat wayar/benang. Hati-hati guys. Nasib baik tutup visor habis kalau tak hilang kepala,” katanya di Twitter baru-baru ini.
Farys turut memuat naik beberapa keping gambar dan video dalam hantaran tersebut. Jelas kelihatan beberapa helai objek halus dipercayai wayar berwarna ungu yang tersangkut kuat pada topi keledarnya.


— Faarissssssss (@farys_fuad) September 24, 2021
Sementara itu, ada yang bertanya macam mana boleh ada wayar di laluan tersebut. Farys menjelaskan, dia sendiri tidak pasti bagaimana wayar itu boleh ada di laluan besar seluas tiga lorong itu.
“Mungkin dari tiang lampu ke tiang lampu. Sebab talinya panjang juga. Kalau orang main layang-layang pun mungkin sangkut kat tiang lampu jalan.
“Apa-apa stay safe bang! Serius sekali dah kena,” katanya menjawab persoalan netizen.
Tak pasti la bro. Maybe dri tiang lampu ke tiang lampu. Sebab talinya panjang juga. Kalau orang main layan layang pun maybe sangkut kat tiang lampu jalan. Apa apa stay safe bang! Seriau sekali dah kene.
— Faarissssssss (@farys_fuad) September 27, 2021
Ramai netizen agak terkejut dengan kejadian yang menimpa Farys. Tidak kurang juga ada yang berkongsi kes-kes serupa yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan beberapa laluan utama di ibu kota.
Sumber: Twitter Farys Fuad