Siakap Keli

MR D.I.Y. Group Memacu Pertumbuhan Syarikat Dengan 35 Cawangan Baharu Di 7 Buah Negeri

KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2021 – Peruncit perkakas rumah kegemaran ramai, MR D.I.Y. Group (“Kumpulan”) akan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia bermula Oktober ini; apabila Kumpulan tersebut membuka 35 cawangan baharu di tujuh buah negeri di negara ini.

Cawangan-cawangan tersebut terdiri daripada 14 cawangan MR. D.I.Y., tiga cawangan MR. D.I.Y. Express, enam cawangan MR. TOY dan 12 cawangan MR. DOLLAR, menjadikan jumlah keseluruhan cawangan milik kumpulan tersebut sebanyak 830.

Mengumumkan pelan pembukaan cawangan baharu tersebut, Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group (M) Berhad, berkata, “MR D.I.Y. komited untuk memenuhi janji “Always Low Prices” kami di lokasi-lokasi yang strategik untuk lebih ramai rakyat Malaysia. Kami sedar bahawa corak pembelian telah berubah — pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka, dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk. Ini sesuai dengan kami memandangkan kami mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk. 35 cawangan baharu ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses kami dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan kami.”

Beliau menambah pembukaan tiga cawangan baharu MR. D.I.Y. Express akan menarik perhatian penduduk luar bandar. “MR. D.I.Y. Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berketumpatan tinggi dan komuniti luar bandar. Bersaiz 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai-kedai ini dilengkapkan dengan pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh komuniti di kawasan tersebut. Kami menggunakan analisis data yang teliti untuk mengenal pasti trend pembelian di lokasi-lokasi berbeza, kemudian mengisi stok yang sesuai di cawangan-cawangan tersebut untuk memastikan pelanggan gembira dengan format peruncitan moden kami yang relevan dan bermanfaat.”

Chin juga mengumumkan pelancaran “Grand Opening Event” [GOE] tahun ini, yang akan dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan-cawangan baharu tersebut. Ini merupakan kali keempat MR. D.I.Y. Group menjalankan kempen tahunan itu. 

Bersempena GOE pada tahun ini, MR D.I.Y. akan memberikan 41,000 hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu itu. Pelanggan awal yang membelanjakan minimum RM40 di kedai MR D.I.Y, atau RM30 di kedai MR. DOLLAR dan MR. TOY akan layak memenangi hadiah percuma. Pelanggan yang layak akan menerima payung berwarna pelangi, botol air, patung lembut, pek MILO 3-dalam-1, bijirin Koko Krunch, minuman coklat Hershey’s, dan banyak lagi. 

Chin juga berkata pelanggan boleh meyakini bahawa pengalaman pembelian di cawangan-cawangan tersebut adalah selamat dan selesa, dengan 99% daripada kakitangan jualan Kumpulan itu telah menerima vaksinasi lengkap. Kumpulan tersebut juga akan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai GOE, layari: http://bit.ly/nationwidegoe4mrdiy.   

Senarai penuh cawangan yang terlibat dalam GOE adalah seperti di bawah:

Kumpulan 1 (1 – 3 Oktober 2021)

Jenama Negeri Cawangan
MR D.I.Y. Johor Pusat Perniagaan Kota Emas, Pontian
MR D.I.Y.

Express

Kelantan Jalan Pasar Lama, Wakaf Bharu
MR D.I.Y. Kelantan Jalan Telipot, Kota Bahru
MR D.I.Y. Melaka Taman Paya Rumput Utama
MR D.I.Y. Melaka Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana
MR D.I.Y. Melaka Taman Sungai Baru Ilir Jaya, Masjid Tanah
MR D.I.Y. Penang Taman Oren Hartamas, Kubang Semang
MR D.I.Y. Penang Villa Harmoni, Tasek Gelugor Seberang Prai Utara
MR D.I.Y. Selangor Taman Muara Esbee, Sungai Buloh
MR D.I.Y. Selangor Sunway Pyramid
MR. TOY Kuala Lumpur AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
MR. TOY Kuala Lumpur MyTOWN Shopping Centre
MR. TOY Penang Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas
MR. DOLLAR Johor Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru
MR. DOLLAR Johor KIPMall Kota Tinggi, Kota Tinggi
MR. DOLLAR Penang Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas
MR. DOLLAR Selangor Dataran C180, Cheras Selatan

Kumpulan 2(8 – 10 Oktober 2021)

Brand State Store
MR D.I.Y.

Express

Johor Taman Pura Kencana, Batu Pahat
MR D.I.Y. KL Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara
MR D.I.Y.

Express

KL Jalan Telawi 4, Bangsar
MR D.I.Y. Melaka Taman Satu Krubong
MR D.I.Y. Melaka Pusat Perniagaan Lubok Cina
MR D.I.Y.  Melaka Taman Duyong Bestari, Ayer Molek
MR D.I.Y. Penang Pusat Perniagaan Oren, Butterworth
MR. TOY Johor AEON Taman Universiti, Skudai
MR. TOY Penang All Seasons Place
MR. TOY Selangor Central i-City, Shah Alam
MR. DOLLAR Johor Kluang Mall, Kluang
MR. DOLLAR Perak Terminal Pusat Perdagangan Kampar, Kampar
MR. DOLLAR KL MyTOWN Shopping Centre
MR. DOLLAR Melaka Bandar Baru Sungai Udang, Melaka
MR. DOLLAR Penang Pusat Perniagaan Oren, Butterworth
MR. DOLLAR Penang All Seasons Place
MR. DOLLAR Selangor Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya
MR. DOLLAR Selangor Sunway Pyramid

Maklumat lanjut tentang MR D.I.Y. boleh didapati di platform e-dagang www.mrdiy.com, www.mrdiy.com.my, Facebook dan Instagram.

Nur Farra