Adakah anda pernah mengalami masalah pintu di rumah sukar untuk ditutup? Kalau tak tutup, mungkin akan nampak perkara yang tidak sepatutnya di ruangan dalam seperti bilik tidur ataupun tandas.
Penggunaan pintu sememangnya sangat penting, tapi sentiasa menutupnya juga haruslah sentiasa diamalkan selalu. Yang menjadi masalahnya ialah pintu tersebut sukar untuk ditutup ekoran sudah lama dan ketat. Kalau nak tutup, mungkin perlu tenaga yang lebih.
Jangan pula risau kerana sebenarnya ada jalan penyelesaian untuk masalah ini. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama jason_jezi, pintu yang ketat dan sukar ditutup boleh ‘dibaiki’ dengann menggunakan satu bahan saja.
Seperti yang dikongsikan dalam video, dia hanya menggosokkan pensil pada latch dan lubang supaya ianya menjadi longgar semula. Untuk lebih mudah difahami, sila lihat video di bawah:
@jason_jezi Pintu yg lama pakai senang sangkut, nak kuat2 baru boleh tutup, cara ni senang saja boleh buat sendiri #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #licin
Sumber: jason_jezi