Siakap Keli

Berlian Mempunyai Nilai Pajakan Hanya Di Ar Rahnu Express

AMPANG, 5 OKTOBER 2021 – Berlian adalah salah satu permata berharga, namun perhiasaan emas seperti cincin dan rantai lebih menjadi pilihan untuk acara-acara istimewa seperti majlis pertunangan dan pernikahan malah turut dijadikan pilihan sebagai simpanan untuk kecemasan. Namun kini, perspektif tersebut mula berubah seiring dengan zaman. Kita dapat lihat bahawa selain emas, berlian juga telah mula menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai hantaran untuk pertunangan atau pernikahan malah kepentingan berlian telah dilihat mampu untuk dijadikan sebagai simpanan untuk masa hadapan.

Berlian mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana berlian sukar untuk dijumpai dan untuk menghasilkan sebutir berlian perlu mengambil masa yang sangat lama lebih berpuluh tahun lamanya. Bagi menghasilkan sebutir berlian, berlian perlu melalui proses tekanan dan suhu yang sangat tinggi. Berlian semulajadi ialah karbon yang dikristalisasi di bawah kerak bumi selama ratusan atau jutaan tahun dan berlian muncul di permukaan bumi kesan daripada letusan gunung berapi. 

Ar-Rahnu Express merupakan sebuah pajak gadai Islam yang bukan sahaja menerima emas tetapi juga turut menerima barangan kemas berlian sebagai barang pajakan. Ar-Rahnu Express  merupakan satu-satunya pajak gadai Islam yang menerima berlian sebagai barang pajakan. Sebagai salah sebuah syarikat di bawah naungan Kumpulan HABIB, Ar-Rahnu Express berkebolehan menerima berlian sebagai cagaran. Sebagai jenama barangan kemas yang telah berada di pasaran lebih 60 tahun, HABIB mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam segala perhiasan barangan kemas, emas, berlian, batu permata, mutiara dan sebagainya dan mampu memberi penilaian berlian. Oleh itu, Ar-Rahnu Express sentiasa menjadi one stop centre untuk pelanggan yang ingin memajak barangan kemas emas, berlian dan batu permata. 

Di Ar-Rahnu Express, pegawai khidmat pelanggan kami diberi latihan kemahiran intensif secara berterusan  mengenai berlian, emas dan batu permata. Mereka dilatih dalam mengenalpasti keaslian berlian, jenis potongan berlian dan jenis warna berlian. Pegawai khidmat pelanggan yang berkemahiran ini dapat membantu pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih baik dengan perkongsian maklumat yang lebih jelas dan mampu memberi penilaian barangan kemas dengan efisien.  

Apabila pelanggan datang untuk membuat transaksi sama ada pajak atau jual, terdapat beberapa proses yang akan dijalankan dalam menilai berlian. Antara proses yang dilakukan oleh pegawai khidmat pelanggan Ar-Rahnu Express dalam menilai berlian adalah dengan membuat ujian keaslian berlian menggunakan alat penguji berlian, melihat kepada jenis potongan, kejernihan dan warna berlian sebelum memberi nilai harga kepada berlian tersebut. Ar-Rahnu Express menerima pelbagai jenis berlian daripada berlian bersijil seperti Gemological Institute of America (GIA), Hearts On Fire (HOF) dan International Gems Society (IGS) serta berlian yang tidak bersijil. 

Selain menerima berlian sebagai cagaran untuk pembiayaan, Ar-Rahnu Express turut menerima pelbagai jenis mutu emas dari emas 999, juga dikenali sebagai emas 24K sehingga ke emas 375 atau emas 9K. Selain itu, Ar-Rahnu Express turut menerima jongkong dan dinar emas untuk cagaran.

 

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan di Ar-Rahnu Express seperti ujian penilaian mutu emas, pengiraan zakat emas dan khidmat cucian emas adalah percuma untuk para pelanggan. Proses untuk membuat pajakan atau jualan di Ar-Rahnu Express sangat mudah di mana para pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas hanya perlu membawa kad pengenalan atau pasport dan barangan kemas untuk dicagar bagi mendapatkan pembiayaan dan pulangan tunai malah perkhidmatan ini terbuka bukan sahaja untuk warganegara malah untuk bukan warganegara juga. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang Ar-Rahnu Express di arrahnuexpress.com dan ikuti Instagram (@arrahnuexpress) dan Facebook (Ar-Rahnu Express) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Ar-Rahnu.

Siti Fatimah