Siakap Keli
Sumber: Google Image

Kecoh Media Sosial Netizen Pakat Kongsi Mimpi Pelik, Kata Benda ‘Ganjil’ Nak Berlaku?

Bila bercakap mengenai mimpi, ada pelbagai pendapat yang akan timbul. Ada yang beranggapan, mimpi hanyalah satu khayalan atau mainan yang mengganggu tidur yang tidak perlu dilayan. Namun, ada juga yang merasakan mimpi itu membawa petanda dan alamat tertentu yang boleh mempengaruhi realiti.

Saat kita bermimpi, seringkali ia melibatkan pertemuan dengan sosok tertentu, yang kita kenali ataupun tidak. Jika orang yang kita kenal, apa tandanya? Bagaimana pula kalau orang asing yang kita mimpikan? Pasti resah sekali jiwa bila memikirkannya. Lebih-lebih lagi, bila ada perasaan ganjil yang timbul dan kita sendiri sukar untuk menjelaskannya.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mimpi yang datang kepada seseorang itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk menimbulkan keresahan kepada seseorang.

2. Mimpi yang berasal daripada perkara yang dibuatnya ketika dia berjaga. Apabila tidur, perkara tersebut terbawa-bawa ke alam mimpinya.

3. Mimpi yang merupakan 1 bahagian daripada 46 bahagian kenabian, atau mimpi Ketuhanan iaitu yang datang dan ilham daripada Tuhan.

Bagi seseorang yang mengalami mimpi, sekiranya ia mimpi yang baik, maka perkara pertama adalah memohon kepada Allah, jika bermimpi perkara buruk, hendaklah berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Baru-baru ni pun, kecoh juga di media sosial apabila ramai yang berkongsi mimpi-mimpi yang pelik contohnya bertemu dengan orang asing.

Apakah maksudnya? Mungkinkah tanpa kita sedar, sebenarnya kita pernah bertemu dengan orang yang kita mimpikan itu di alam nyata?

Ganjil kan entah dari mana-mana, tiba-tiba mimpi orang yang kita tak kenal. Kami tinggalkan persoalan itu untuk anda rungkaikan sendiri.

Bila sebut pasal mimpi ni kan, baru-baru ni kecoh juga apabila pelakon popular, Fattah Amin tiba-tiba ‘Mimpi’ seorang lagi pelakon jelita tanah air, Diana Danielle. Lagi mengejutkan, bila beliau turut mendedahkan timbul satu perasaan ‘GANJIL’.

Berita berkenaan pantas mendapat respon daripada peminat-peminat di alam maya.

“Ada apa-apa ke tu?”, antara persoalan yang banyak dipertanyakan oleh netizen.

Jadi, kami pun tertanya-tanya jugalah, apa sebenarnya ‘GANJIL’ di sebalik ‘Mimpi’ oleh Fattah Amin ini.

Cari punya cari, rupa-rupanya GANJIL sebenarnya adalah tajuk sebuah drama Viu Original terbaru yang membawa kisah mimpi dua insan dan disiarkan melalui platform penstriman Viu. Kalau anda nak tahu, drama ini diterajui oleh Fattah Amin dan Diana Danielle sebagai tunjang utama.

Oooo, patutlah. GANJIL yang diperkatakan oleh Fattah Amin itu sebenarnya adalah berkisar mengenai drama baharu yang dibintanginya. Suspen betul, memang terkejut habis para peminat bila mendengar ‘Mimpi’ tersebut sebelum ini.

Jadi, GANJIL ini drama apa sebenarnya? GANJIL adalah sebuah drama yang mengisahkan seorang lelaki bernama Amry, lakonan Fattah Amin dan seorang wanita, Nabila, lakonan Diana Danielle yang mendapati diri mereka bertemu di dalam mimpi.

Yang dan ajaibnya, pada suatu malam, tanpa sebarang khabar dan alasan, mimpi yang dialami oleh mereka berdua telah bersatu!

Ketika itulah, Amry dan Nabila menghidu suatu keganjilan, ketika menyangkakan mereka hanyalah watak di dalam mimpi, tanpa disedari hubungan mereka menjadi semakin erat hingga terbit suatu perasaan yang sangat istimewa.

Bahkan, mereka turut berkongsi segalanya. Rahsia dan rasa takut dilalui bersama. Ia seolah-olah, mimpi telah memberikan mereka peluang kedua untuk menikmati hidup dan menjadi insan yang lebih baik.

GANJIL juga menjadi pentas untuk orang ramai ‘memberitahu’ alam tentang kesulitan hidup yang mereka hadapi di dunia sebenar.

Fuhhhh, sungguh mendalam sekali mesej yang hendak disampaikan melalui drama Viu Original GANJIL arahan Datuk Yusry Abdul Halim, yang sememangnya terkenal dengan filem-filem berkualiti tinggi dan kesan visual yang mengasyikkan dalam karya yang dihasilkan.

Tak percaya? Ok, anda boleh tonton secara percuma Episod 1 & 2 yang sudah pun ditayangkan di Viu Original. Kami kongsikan sedikit apa yang terjadi dalam episod terawal ini.

Dalam episod awal ini, anda disajikan dengan watak Nabila yang tersedar dari atas katilnya. Dia kemudian menjadi panik apabila dikelilingi bangunan-bangunan usang dan suasana suram iaitu di dalam mimpinya sendiri. Ketika nafasnya masih lagi mencungap-cungap terkejut, lantai tiba-tiba merekah hingga menampakkan lubang dalam yang sedia menelannya.

Tiada pilihan, Nabila terpaksa berlari menyelamatkan diri walaupun ketakutan sambil menjerit meminta pertolongan. Ketika dalam keadaan kelam-kabut berkenaan, kalung yang dipakai Nabila terpisah daripada badannya dan dia hampir terjatuh di dalam lubang ketika cuba menyelamatkan kalung tersebut, namun sempat berpaut pada tebing lubang sambil terus menjerit meminta pertolongan.

Dalam masa yang sama, Amry yang turut berada dalam mimpi berkenaan cuba mencari suara menjerit meminta tolong tersebut. Ketika itulah, Amry dan Nabila dipertemukan dan tiba-tiba…

Okay, cukup. Teruja kan? Yang kami kongsikan itu hanyalah sedutan beberapa saat daripada keseluruhan episod yang sangat mendebarkan. Anda kena tonton sendiri.

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon lain yang berkaliber antaranya Izzue Islam dan Fatin Afeefa.

Banyak persoalan yang masih belum terjawab, apakah hubungan sebenar Amry dan Nabila di dunia nyata? Adakah mereka pernah bertemu? Mungkinkah perasaan yang terbit di dalam mimpi mampu direalisasikan di dunia sebenar?

Apakah ketakutan yang dimaksudkan? Dapatkan mereka lalui bersama? Yang pasti, jawapannya ada di GANJIL yang mula bersiaran sejak 30 September lalu dengan dua episod baru setiap Khamis.

Anda boleh menonton GANJIL melalui aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore dan App Store. GANJIL juga boleh ditonton melalui platform Tv pintar terpilih atau melalui laman web www.viu.com.

Selamat menonton!

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.