Siakap Keli

Gambar Tular Kereta Polis Guna BMW M3 Dikatakan ‘Prop’ Sebuah Filem?

Sejak semalam tersebar di media sosial dengan beberapa keping gambar menunjukkan kenderaan BMW M3 G80 lengkap dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Dengan tularnya gambar berkenaan, ia sekaligus menarik perhatian netizen yang teruja dengan penggunaan jentera baru itu.

Dalam masa sama, ada segelintir daripada mereka membuat spekulasi bahawa kenderaan itu bakal menjadi kenderaan rasmi PDRM kerana terlihat kod CPP 01 pada kereta tersebut yang biasanya merujuk kepada Cawangan Pengawal Pengiring untuk mengiringi pemimpin tertinggi negara.

Pun begitu, menurut portal paultan yang telah dikemaskini, kenderaan tersebut dikatakan digunakan sebagai ‘prop’ untuk sebuah produksi filem yang diberitahu oleh BMW Malaysia sendiri.

Pada Jun tahun lalu, dalam satu laporan, Polis Kuala Lumpur menerima 28 kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8 bagi menggantikan sebahagian jentera MPV sedia ada yang sudah rosak.  Kenderaan tersebut dilengkapi peralatan sokongan seperti perlatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih.

Sumber: Paultan

Nur Farra