Siakap Keli
Kredit: @areuizany

“Rasa Nak Hilang Nyawa..,” Wanita Alami Sesak Nafas, Terhidu Bau Campuran Peluntur & Pencuci Tandas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tampak biasa, namun cecair pencuci dan peluntur memerlukan pengelolaan yang teliti. Bukan sahaja berbahaya kepada anak-anak, jika tersilap cara penggunaan, ia juga boleh membahayakan orang dewasa.

Justeru, pengguna dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu setiap arahan dan amaran pada botol sesuatu produk cecair pencuci atau peluntur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Sepertimana yang berlaku kepada seorang wanita yang terhidu bau kimia secara tidak sengaja selepas mencampurkan kedua-dua bahan tersebut.

Kongsi @areuizany, dia telah mencampurkan pencuci bilik mandi dengan peluntur untuk membasuh tandas rumah yang baru dimasukinya.

Sebaik mencampuri kedua-dua bahan tersebut, ruang di dalam rumahnya terus dipenuhi bau yang menyebabkan sesak nafas sehingga terbatuk-batuk.

Tambah Ayu, dia turut mengalami sesak dada dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk pemantauan. Baca perkongsiannya di bawah.

Untuk sesiapa yang tanya kenapa semalam tu? Okay nak cerita. Sebenarnya Ayu bukan jatuh bilik air. Tapi nak basuh tandas dengan menggunakan dua benda ni. Sebelum ni tak pernah guna pun dan Ayu bukan sejenis kaki yang dok sental tandas. Setakat mangkuk tandas, guna Harpix ka apa tu pernah la..

Disebabkan baru pindah rumah, jadi nak sental la tandas tu bagi bersih. Dan nak dijadikan cerita semalam Ayu campur dua benda ni sekali gus dalam satu baldi. Letak peluntur dulu dan baru letak pencuci tandas koko ni. Ayu bukan campur sikit, tapi dalam kuantiti yang banyak macam aku tekan sabun.

Dan disebabkan ingat pencuci tandas tu sabun, aku pi letak muka hidu bau benda ni dalam baldi. Sumpah tajam gila. Dan tak sampai beberapa saat, satu rumah bau. Nasib ada Hawari dia cepat-cepat lari ambil Naufal masuk bilik tutup pintu sebab budak tu pun dah terbatuk-batuk. Dan masa tu Ayu pun dah terbatuk tak henti tapi gagah jugak pergi curah curah dalam tandas sebab cemas.

Jadi bertambah bau tu merebak satu rumah mana dengan pintu tingkap tak terbuka. Tak boleh nyawa ikut hidung, aku pi nyawa (nafas) pakai mulut. Dan benda tu masuk dalam mulut sampai ke dada. Dan masa tu jugak rasa dada macam kena blok tak boleh nak bernafas. 

Nafas pun sangkut-sangkut. Sumpah aku rasa macam nyawa-nyawa ikan. Tak tahan sangat-sangat, terus cuba cari udara luar. Tak sampai setengah jam, masuk rumah balik dan cakap kat Hawari dada sakit sangat-sangat, memang sesak nafas.

Menangis tang tu jugak mana dengan sesak dada dan kesian Naufal dok merengek takmau duduk. Jadi siap-siap terus pecut pergi kecemasan.

Masuk kecemasan terus kena ambil darah dengan drip ayaq sebotol. Alhamdulillah kena X-ray, keputusan takdak apa-apa. Sebenarnya kena masuk wad satu malam untuk pemantauan, tapi tolak sebab Naufal takdak sapa jaga. Memang tawakkal ja. 

Kesian dua beranak tu. Kami dahla baru ja pindah mai negeri orang. Sekali jadi macam ni, jauh pula dengan keluarga.

Jelas Ayu, sepulangnya daripada hospital, barulah dia membaca penerangan pada botol pencuci tandas yang melarang agar tidak mencampurkan cecair tersebut dengan bahan peluntur atau kimia lain.

Sumber: @areuizany

Amira

Love yourself.