Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: MyTravelPass Dimansuhkan, Rakyat Boleh Ke Luar Negara Termasuk Aktiviti Pelancongan – PM

Penggunaan MyTravelPass untuk aktiviti ke luar negara bagi urusan-urusan rasmi tertentu beserta permohonan seperti sebelum ini kini telah dimansuhkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini boleh pergi ke luar negara untuk pelbagai urusan termasuk aktiviti tidak rasmi seperti pelancongan mulai esok.

“Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan MyTravelPass tidak lagi digunakan. Kita pihak kerajaan bersetuju memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat kita yang ingin keluar negara.

“Bermakna sesiapa warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan. Kalau dulu (urusan) rasmi saja, tapi sekarang untuk aktiviti bukan rasmi seperti pelancongan,” katanya dalam sidang media tersebut.

Bagaimanapun jelas Ismail, syarat bagi kebenaran tersebut adalah mereka yang ingin ke luar negara mesti telah mendapat dua dos vaksin.

Malah katanya, mereka juga masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang sahaja ke tanah air.

Sebelum itu, Ismail turut mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai 11 Oktober esok.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan statistik peratusan populasi individu dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.

Sumber: Bernama Tv

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'