Siakap Keli
Kredit: Google

Wanita Maut Diserang Buaya Di Kalabakan

KALABAKAN, 10 Okt (Bernama) — Seorang wanita maut di Kampung Serudung Laut dekat sini hari ini, dipercayai akibat diserang buaya.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemukan pada 8 pagi tadi oleh penduduk kampung yang mencarinya, selepas wanita itu dilaporkan hilang di sungai kampung berkenaan sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam mengenai mangsa diserang buaya.

“Maklumat daripada keluarga diterima dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan pada hari ini dan mangsa ditemukan penduduk kira-kira 300 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan ditamatkan pada 10.27 pagi.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.