Siakap Keli
Sumber: Kosmo Online

China Larang WHO Melawat Gua Kelawar, Dipercayai Menjadi Laluan Covid-19 Disebarkan

BEIJING, CHINA: Dalam New York Post kelmarin, China menafikan kebenaran bagi WHO untuk melawat gua kelawar dan juga kawasan ladang ternakan hidupan liar yang terletak di barat Wuhan.

Pendedahan baharu dibuat termasuk beberapa pasar basah di bandar Wuhan dilarang daripada menjual haiwan hidup, iaitu beberapa hari sebelum Beijing mengesahkan wujudnya virus baharu.

WHO cuba mendapatkan akses melawat ratusan gua kelawar di Enshi, wilayah Hubei di mana lokasi wabak Covid-19 mula muncul. Ekoran itu juga, saintis-saintis WHO juga ingin menyiasat kawasan ladang ternakan yang menyebabkan pembiakan pelbagai spesies hidupan liar sebelum berlakunya pandemik Covid-19.

Mereka percaya bahawa haiwan-haiwan tersebut berpotensi menyebabkan penularan Covid-19 yang disebarkan daripada kelawar kepada manusia.

Walau bagaimanapun, Beijing berkali-kali menafikan bahawa pandemik Covid-19 berasal dari China. Menurut media China, pasar basah di Enshi telah dilarang menjual haiwan hidup sejak Disember 2019, iaitu lapan hari sebelum China mengesahkan bahawa koronavirus dikesan di Wuhan. Susulan itu, enam buah pasar basah diarahkan tutup pada Mac tahun lalu semasa pandemik menguasai dunia.

WHO percaya bahawa gua itu menjadi laluan di mana Covid-19 disebarkan. Namun, tiada bukti yang diperoleh memandangkan China melarang WHO dari melawat gua tersebut.

Sumber: Kosmo

Aireena Marizan