Siakap Keli
Gambar: Bernama

Grab Malaysia Beri Ganjaran Kepada Atlet Paralimpik Malaysia, Tanda Pengiktirafan Pencapaian Membanggakan Di Tokyo 2020

Umum telah mengetahui bahawa prestasi atlet paralimpik Malaysia yang beraksi di pentas sukan Paralimpik Tokyo 2020 lalu amat membanggakan negara.

Kecekalan dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam membawa nama negara ke pentas sukan terbesar dunia itu telah memberikan inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong perjuangan mereka dalam mengharumkan nama negara.

Terima ganjaran sebagai tanda penghargaan meraih pingat

Berikutan dengan pencapaian yang membanggakan itu, Grab Malaysia akan menawarkan ganjaran sebagai tanda penghargaan atas persembahan dan pengorbanan yang ditampilkan oleh atlet-atlet paralimpik Malaysia di pentas paralimpik Tokyo 2020 yang lalu.

Atas kejayaan tiga atlet negara iaitu Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly dalam meraih kilauan pingat emas untuk negara, Grab Malaysia akan menawarkan 1 juta GrabReward point serta pesanan percuma GrabFood selama satu tahun sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian atlet-atlet yang luar biasa ini.

Untuk dua atlet Malaysia yang turut berjaya menghadiahkan pingat perak buat negara iaitu Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun, Grab Malaysia juga akan menawarkan 500,000 point GrabRewards serta pesanan percuma GrabFood selama satu tahun kepada mereka berdua.

Penghargaan khas kepada Muhammad Ziyad Zolkefli

Atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli juga turut akan mendapat sama seperti pemenang pingat perak sebagai penghargaan daripada Grab Malaysia atas semangatnya walaupun dia telah disenaraikan sebagai Did Not Start (DNS) kerana isu teknikal.

Selain daripada itu Grab Malaysia turut akan memberikan ganjaran kepada semua atlet paralimpik yang bertanding serta pihak kontinjen Malaysia yang sentiasa memberi sokongan padu kepada atlet ini.

Atlet paralimpik negara pencetus inspirasi

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berterima kasih kepada semua pemenang pingat dan kesemua atlet paralimpik negara atas dedikasi dan persembahan yang bertenaga ditampilkan pada temasya paralimpik yang lalu.

Beliau juga turut menyatakan bahawa kesemua atlet paralimpik negara telah menjadi pencetus inspirasi kepada masyarakat supaya tidak mudah putus asa dalam mengejar kejayaan.

“Dan seperti biasa, anda terus memberikan inspirasi dan motivasi kepada kami semua untuk terus membangunkan negara yang inklusif.”

Sean Goh juga memaklumkan bahawa Grab Malaysia komited untuk tidak mencicirkan sesiapa pun dalam dunia ekonomi digital. Selama bertahun-tahun, usaha mereka dalam membangunkan platform inklusif yang akan memudahkan seluruh anggota masyarakat termasuk golongan orang kurang upaya akan terus dilaksanakan.

Melalui pelbagai programnya, Grab berharap agar inklusiviti dan kesaksamaan yang lebih besar di Asia Tenggara khususnya untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini dapat terus diwujudkan.

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli