Siakap Keli
Gambar: @fakta.indo

(Video) Dipercayai Panjang 10 Meter, Eskavator Cuci Hutan Temui Ular Sawa Gergasi

Satu video yang memaparkan detik-detik penemuan ular yang didakwa sebagai ular sawa telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan melalui akaun media sosial Instagram bernama @fakta.indo itu menunjukkan sebuah jentera eskavator mengangkat seekor ular sawa yang besar itu ke udara.

Menurut akaun Instagram tersebut, ular sawa besar itu dianggarkan sepanjang 10 meter.

Tidak dapat dipastikan kesahihan serta dimana ianya ditemui.

Namun begitu, video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 600 ribu kali.

 

 

 

Sumber: Fakta.indo

Aqmal Ezany

I write what is right