Francais Kopi Lain Hati ini ialah sebuah perniagaan yang dibuka oleh selebriti Ririn Ekawati. Kafe dari negara sebelah iaitu Indonesia akhirnya sudah dibuka cawangannya disini. Kafe tersebut merupakan cawangan kafe terbesar disana.
Menurut Sesame Coffee, dengan bantuan rakan artis lain ratusan cawangan kafe ini berjaya dibuka. Oleh itu, pembukaan kafe ini di Setapak merupakan satu khabar gembira bagi mereka yang gemarkan kopi dari Indonesia.
Tambahan lagi, francais kafe ini merupakan satu jenama yang mempunyai jumlah gerai kedua terbanyak di negara jiran. Suasana dikafe itu juga sangat nyaman dan sesuai untuk bergambar.
Antara makanan dan minuman yang boleh didapati disitu ialah pelbagai jenis kopi, sandwich, dan donat.
Sumber: kl.foodie, Sesame Coffee