Siakap Keli
Gambar: DailyMail

Makhluk Seakan Sotong Gergasi Dikatakan ‘Lebih Besar Dari Manusia’ Dilapor Ditemui Berhampiran Kapal Karam

OceanX, iaitu pasukan biologis tentera laut, kumpulan media dan pembuat filem telah ke Laut Merah untuk melakukan misi di sana.

Misi ini adalah bertujuan untuk mencari kapal Pella yang telah tenggelam pada November 2011. Kapal itu dikatakan tenggelam pada kedalaman 2800 kaki bawah paras laut.

Apa yang mengejutkan mereka apabila seekor makhluk gergasi telah ditemui berdekatan sebuah kapal karam gergasi itu. Makhluk gergasi tersebut dikatakan lebih besar berbanding manusia. Kumpulan OceanX mempercayai bahawa makhluk tersebut berkemungkinan sotong gergasi.

Gambar di bawah menunjukkan situasi semasa sotong gergasi tersebut berenang berhampiran dengan kamera robot yang digunakan oleh OceanX untuk merakam kapal karam itu.

Kredit: DailyMail
Gambar: DailyMail

Rodrigue kemudiannya meminta bantuan daripada Dr. Michael Vecchione yang merupakan seorang ahli zoologi untuk menyimpulkan bahawa makhluk tersebut merupakan seekor sotong gergasi terbang Purpleback.

Dr Michael Vecchione kemudiannya menerangkan dengan lebih lanjut yang makhluk misteri yang dijumpai itu bukanlah sotong gergasi terbang Purpleback.

Hal ini berikutan siripnya yang lebih pendek dan lebar serta kepalanya yang berbentuk seperti anak panah berbeza dengan ciri asal seekor sotong gergasi terbang Purpleback yang sepatutnya lebih berotot dan lebih besar.

Sumber: DailyMail

Nadhirah