Siakap Keli
Gambar Via Twitter

(Video) ‘Dibadai’ Ribut Solar, Tular Rakaman Keindahan Aurora Yang Sempat Dirakam Semalam

Seperti yang dilaporkan semalam, fenomena ribut solar akan melanda bumi dan mengakibatkan berlakunya kejadian aurora borealis yang luar biasa. Ia dijangka akan dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara.

Walaupun aurora borealis boleh berlaku di banyak tempat namun ia biasanya terletak pada garis lintang antara 60˚ dan 75˚. Menurut Explorersweb, terdapat kawasan di atmosfera bumi yang dikenali sebagai zon aurora dan di dalamnya, ia mempunyai atmosfera yang tipis berbanding dengan garis lintang selatan.

Kerana kurang dibebani oleh kekangan atmosfera, zon tersebut sangat sensitif terhadap ribut solar. Justeru, jika ribut solar mempunyai skala geomagnetik yang tinggi, maka ia dapat dilihat dari luar zon aurora.

Mereka yang berpeluang melihat aurora itu telah berkongsikan ‘keanehan’ dan keindahan yang berlaku semalam.

Difahamkan, ada sebahagian cahaya aurora yang kelihatan selepas matahari terbenam. Dengan warna merah jambu, ungu dan hijau, ia kelihatan cantik dan bergerak dengan sangat cepat.

Beberapa video dan gambar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial juga memperlihatkan keindahan aurora tersebut. Bukan saja di England dan Ireland Utara, ada juga beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang dapat menyaksikan kejadian tersebut.

Sumber: Explorersweb

Sofea

There's always another side to every story