Di Bandar Penawar seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak merupakan seorang bekas tukang masak di sebuah hotel terkenal suatu masa dahulu.
Mohd Azwan Adam 37, menjual nasi ayam dan popia basah untuk menyara hidupnya dan keluarga. Ternyata air tangan beliau disukai orang ramai apabila jualan beliau menjadi pilihan orang ramai.
Mohd Arif 35, adiknya berkata abangnya seorang itu memang suka memasak sejak dari kecil lagi. Beliau juga sering menyediakan makanan kepada mereka sekeluarga.
Mohd Arif turut menyatakan abangnya menyewa sebuah rumah di Bandar Panawar dan dibantu oleh isterinya menyiapkan dalm 60-70 bungkus nasi ayam. Penyediaan popia basah pula di sediakan ssebanyak 20-30 bungkus sehari.
Jualan tersebut biasanya dibuka pada pukul 11 pagi dan jika ramai pelanggan yang membeli pada hari tersebut maka mereka akan selesai berniaga awal dalam pukul 1 petang dan pulang ke rumah. Hal ini kerana, Mohd Azwan mempunyai pelanggan tetap yang memang menggemari nasi ayam dan popia basah beliau.
Tambah Mohd Arif, keadaan abangnya itu sudah terjadi sejak beliau kecil lagi. “Ketika itu abang demam panas sehingga dia hilang upaya untuk mendengar. Namun beliau tidak bisu, tapi disebabkan masalah itu sedikit sebanyak dia jadi sukar untuk berinteraksi dengan orang lain.”
Walaupun begitu, perkara tersebut tidak pernah menjadi satu halangan untuknya meneruskan minatnya dalam bidang yang diminati. “Abang mengambil kursus dan bidang kulinari dan beliau juga sempat bekerja di sebuah hotel bermula sebagai pembantu tukang masak dan menjadi cef sebelum bertukar kerja membuka kedai makan di Johor Bahru,” kata Mohd Arif lagi.
Mohd Azwan membuka kedai hampir stujuh tahun di kawasan penjaja bersebelahan Pejabat Pos Bandar Penawar dan beliau juga sudah berumahtangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang berusia tiga hingga lapan tahun yang dilahirkan normal.
Semua mungkin maklum bahawa terdapat pelbagai cabaran dalam setiap perkara kita lakukan, begitu juga dengan Mohd Azwan. Walaupun mempunyai sedikit kesukaran berkomunikasi dengan pelanggan. Sekiranya mereka meminta makanan tambahan seprti nasi atau ayam tambahan. Namun beliau tetap bersemangat dan cuba sedaya upaya berkomunikasi dengan mereka.
Tambahan pula, Mohd Azwan juga turut mengambil tempahan nasi ayam bagi mereka yang ingin membuat majlis.
Sumber: Utusan Melayu