Siakap Keli
Gambar: PCWizardLabs

Perlu Cas 8 Jam Lagi Ke Kalau Beli Phone Baru? Ini Fakta Yang Korang Kena Tahu

Bila beli telefon baharu, seringkali kita dengar ‘petua’ kena cas lapan jam dulu sebelum digunakan. Konon katanya kalau cas lapan jam masa kali pertama, bateri telefon akan tahan lebih lama. Persoalannya, adakah ‘petua’ ni betul atau sekadar mitos semata-mata?

Saranan untuk cas telefon baharu selama enam ke lapan jam ni dah diwujudkan pembekal sejak dari zaman mak-mak kita lagi. Tujuan asalnya untuk mengetahui samada kitaran bateri telefon kita berjalan dengan baik atau tidak.

Petua cas 8 jam dah tak relevan

Tapi ‘petua’ ni dah tak relevan untuk telefon pintar zaman sekarang yang menggunakan bateri lithium-ion atau lebih dikenali sebagai li-ion. Korang hanya perlu cas hingga bateri telefon baru korang cecah 100 peratus dan lepas tu boleh guna macam biasa.

Telefon baru ni juga sebenarnya sudah diuji keadaan bateri masa di kilang lagi. Sebab tu kalau korang ‘on’ telefon baru ni, selalunya mesti ada beberapa peratus bateri yang masih tersisa.

Sebenarnya korang tak payah pun cas selama tu sebelum guna phone baru. Cukup cas satu ke dua jam, tempoh kebiasaan bateri jenis li-ion ni untuk penuh dan korang dah boleh guna phone baru korang tu.

Tips jaga ‘kesihatan’ bateri

Dari segi ketahanan bateri pula, jangka hayat bateri li-ion ni selalunya dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Lepas tempoh ni, performance bateri memang akan menurun, bergantung kepada berapa kali korang cas, tempoh cas bateri, cara penggunaan telefon dan macam-macam lagi.

Sekiranya bateri li-ion korang ‘kong’ atau mati terus, korang dah kena tukar dengan bateri baru tau. Sebab bateri li-ion ni kalau dah mati memang takkan boleh cas dah.

Untuk kekalkan ‘kesihatan’ bateri phone, korang perlu cas phone semasa bateri masih dalam lingkungan 30 ke 50 peratus. Elakkan cas telefon semalaman supaya jangka hayat bateri korang tahan lebih lama.

Jadi kalau nak bateri tahan lama, boleh ikut tips yang diberikan di atas. Bukan cas lapan jam masa mula-mula keluar kotak ya. Semoga bermanfaat!

Sumber: PCWizardLabs

" "