Siakap Keli

(Video) Akak “Cleaner” Nyaris Kena Hempap Pokok Terbakar Tiba-tiba Tumbang, Dipercayai ‘Disambar’ Api BBQ Pengunjung Pantai

Kelonggaran bagi aktiviti rentas daerah dan rentas negeri memberikan peluang kepada orang ramai untuk keluar bercuti atau berkelah bersama ahli keluarga setelah sekian lama ‘terperap’ di dalam rumah.

Pun begitu, disebalik keseronokan dan keterujaan masing-masing, kelestarian alam sekitar juga perlulah dijaga.

Baru-baru ini tular satu video yang mendakwa bahawa satu pokok besar di tepi pantai telah terbakar dan hampir tumbang. Ia dipercayai berpunca daripada api BBQ pengunjung pantai tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang petugas kebersihan sedang menjirus air ke arah batang pokok yang telah terbakar itu dalam usaha untuk memadamkannya.

Namun, perkara yang tidak disangka berlaku apabila pokok itu telah tumbang. Mujurlah, mereka semua berjaya melarikan diri.

“Nak berkelah, berkelah la jugak tapi janganlah bakar dekat batang pokok ni.” kata seorang wanita yang merakam video itu.

Melihat keadaan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekecewaan dan rasa marah kerana kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

“Tolonglah amik iktibar dari video ni. Sikit lagi pokok tumbang tu nak hempap akak-akak pembersihan ni. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita tengah bermain time ni? Nauzubilahminzalik,” kata seorang pengguna Facebook, Madamme Momsey, yang berkongsi video itu di dalam group Family Camping Malaysia.

Hasil perkongsian beberapa orang netizen, kejadian itu dipercayai telah berlaku di Pantai Sepat, Kuantan.

Diharapkan insiden seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan dan sama-samalah menjaga alam sekitar.

 

Sumber: Madamme Momsey

" "