Siakap Keli
Gambar: Kosmo

Pengunjung Pantai Di Port Dickson Terkejut, 46 Ekor Anak Penyu Tiba-Tiba Keluar Dari Sarang

Pengunjung di pantai peranginan Port Dickson semalam dikejutkan dengan sekumpulan anak penyu yang tiba-tiba keluar dari sarang, dikatakan menuju ke laut Bagan Pinang.

Menurut Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip, orang awam menemui anak-anak penyu karah itu pada jam 11 pagi, dipercayai baru saja menetas.

Halimi turut memuji tindakan orang awam yang segera menyelamatkan anak-anak penyu karah di pantai tersebut. Orang awam berjaya mengutip 46 ekor anak penyu yang masih hidup dan dilepaskan ke laut.

“Tindakan ini amat terpuji dalam usaha segera menyelamatkan mereka.

“Sejurus mendapat maklumat, kami telah menjalankan pemerikasaan terhadap sarang tersebut bersama salah seorang Pemungut Telur Penyu Berdaftar, Hishamudin Abd. Manap.

“Hasil pemeriksan tersebut, kami menemui dua ekor anak penyu yang mati dalam pasir,” kata Halimi, memetik laporan Kosmo.

Menurut Halimi, 48 biji telur yang belum menetas turut ditemui dan dibawa ke Glory Beach Resort untuk diperamkan.

Sumber: Kosmo

Eyla Azri