Siakap Keli

(Video) Suami Beria Tangkap Bunga Pengantin, Balik Rumah Isteri Merajuk Pasang Khemah Suruh ‘Tidur’ Kat Luar

Alam rumah tangga tak akan meriah tanpa gurau senda di antara pasangan suami isteri. Tetapi, soal nak kahwin lagi satu jangan dibuat gurau kerana wanita kebiasaannya akan overthinking dan mungkin boleh merajuk selama berhari-hari.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di TikTok Indonesia mengenai nasib seorang lelaki yang tak dibenarkan masuk ke dalam rumah selepas ‘buat perangai’ di majlis perkahwinan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Sahil Mulachela, dia dilihat dengan girangnya menangkap jambangan bunga yang dilemparkan oleh pengantin. Seperti yang diketahui, sesiapa yang berjaya menangkap bunga itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan kelak.

@sahilmulachela

GA NYANGKA‼️#TheCamels

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Dek kerana itu, dia telah ‘dihukum’ oleh isterinya dengan terpaksa duduk di dalam khemah anaknya yang diletakkan di luar rumah. Lebih menghiburkan, anak lelakinya juga bagaikan sudah ‘berkomplot’ dengan isterinya.

Dalam masa sama dia menjelaskan kepada isterinya bahawa tindakan itu hanyalah sekadar hiburan sahaja.

Hiburan? Siapa yang terhibur?,” soal isterinya.

Aku sebenarnya ingin berikan bunga itu kepada kamu,” pujuknya kembali ketika berada di luar rumah.

Mujurlah selepas tiga jam, isterinya membenarkannya masuk ke dalam rumah, dengan syarat dia perlu membersihkan lantai.

@sahilmulachela

Buntut panjang dr video sebelumnya 😭 #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela – Sahil Mulachela

@sahilmulachela

Dan INI YG TERJADI‼️ #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela – Sahil Mulachela

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video itu dan mengatakan bahawa lelaki itu ‘layak’ mendapat ‘hukuman’ tersebut.

Sumber: Sahil Mulachela

Sofea

There's always another side to every story