Siakap Keli
Gambar: Philippine Star

Helikopter Milik Tentera Laut Australia Dilaporkan Terhempas Di Filipina

Sebuah helikopter Seahawk MH-60R milik Tentera Laut Australia dilaporkan terhempas di Laut Filipina dalam satu penerbangan rutin, ketika melintasi wilayah Timur Luzon malam semalam.

Menurut Kementerian Pertahanan Australia, ketiga-tiga krew helikopter tersebut dapat diselamatkan dalam masa 20 minit selepas pendaratan kecemasan dilakukan. Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat kapal pengkalan HMAS Brisbane dan hanya mengalami cedera ringan.

HMAS Brisbane dengan bantuan satu lagi kapal milik Australia, HMAS Warramunga kini menjalankan misi mencari serpihan Seahawk MH-60R yang berkemungkinan masih tersisa di Laut Filipina.

Sumber: Kementerian Pertahanan Australia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.