Siakap Keli

Kisah Tiga Lelaki Ini Jana Pendapatan Dijangka Mampu Beri Inspirasi Kepada Orang Ramai

Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 ini telah tersebar ke serata dunia. Ekoran daripada itu, pelbagai sektor terpaksa menghentikan seketika operasi mereka.

Hal itu telah membuatkan banyak syarikat-syarikat besar ‘gulung tikar’. Akibat daripada itu, ramai yang terputus rezeki akibat hilang pekerjaan.

Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada sudut positif, wabak pandemik COVID-19 ini juga turut menyimpan hikmah yang ramai diantara kita tidak nampak.

Wabak ini sebenarnya mengajar kita supaya terus berjuang dan kekal kuat dalam menghadapi dugaan hidup.

Justeru daripada itu, kehadiran produk makanan tambahan seperti Darra White keluaran Nuraz Naila Trading di pasaran sekitar lima bulan yang lalu dilihat sebagai ‘penyelamat’ serta pembuka pintu rezeki kepada orang ramai yang ingin menjana pendapatan.

Pemilik produk tersebut sendiri turut bersyukur kerana hasil usaha pemasaran produk organik yang kaya dengan vitamin C dan E itu dapat menyuntik semangat baru serta senyuman kepada ramai orang.

Kisah ketiga-tiga pengedar produk yang berstatus sebagai suami orang iaitu Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzay yang bersama-sama memajukan jenama baru tersebut mungkin boleh memberikan inspirasi kepada ramai orang yang ingin berjaya.

Mohd Hafizi berkata dia dan dua lagi pengedar berkawan baik sejak setahun lalu.

“Kami masing masing berdepan pelbagai liku hidup sebelum akhirnya bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.

“Ikutkan selok belok berniaga ini saya minat sudah lama. Cuma biasalah ada kala nasib dan rezeki tak menyebelahi saya. Saya pernah meniaga air jus di tepi jalan sekitar hujung tahun 2016 selepas berhenti kerja di sebuah kolej swasta di Perlis.

“Jualan air pada awalnya agak memberangsangkan. Namun lama kelamaan jualan merudum. Hutang pun makin bertambah. Malah saya mula mencari peluang lain untuk menambah pendapatan,” kata Mohd Hafizi.

Dipendekkan cerita, jodoh Mohd Hafizi dengan produk Darra White serasi.

“Selepas enam bulan bekerja keras dengan jenama itu, saya mula menjana pendapatan dan terus melonjak naik hari demi hari. Ia berjaya mengubah kehidupan saya dan berjaya menjana pendapatan hampir enam angka dalam tempoh sebulan.

“Setakat ini sudah 300 lebih agen berjaya direkrut. Jadi kami mahu buka peluang ini kepada yang lain untuk sama sama turut serta,” kata bapa kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu.

Khairul Abror yang berasal daripada Pokok Sena, Kedah pula pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan di Mesir selama empat tahun.

“Saya mula berniaga dan meminati cabang berkenaan sejak zaman belajar lagi. Saya tak menyesali membuat pilihan untuk teruskan berniaga dan berhenti belajar pada tahun keempat belajar di Mesir.

“Saya nekad berhenti belajar untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Bahkan saya pernah cuba pelbagai cabang perniagaan, tapi ada yang kurang menjadi. Pernah juga sesekali terlintas untuk mengalah,” kata jejaka dari Pokok Sena, Kedah itu.

Namun begitu, siapa sangka dengan kemunculan Darra White dalam hidupnya, kehidupannya mula berubah.

“Saya bagai beroleh semangat baru saat taraf kehidupan  mula berubah. Namun kami tak mahu tamak dengan nikmat itu, sebaliknya nak wujudkan ramai peniaga yang mampu untuk memegang angka pendapatan dari puluhan hingga ke ribuan ringgit setiap bulan.

“Dan paling penting bebas masalah kewangan. Kami juga mahu bantu peniaga lain dari putus asa dalam berniaga,” katanya.

Sementara itu, Rahmatullah Samahuddin dari Gurun, Kedah pula berasal daripada graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal  yang beralih angin ke dunia niaga.

“Selepas tamat pengajian, saya mula bekerja di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2010 sebagai juruteknik. Malah saya pernah beberapa kali bertukar tempat kerja. Saya merantau dan bekerja di KL  hampir sembilan tahun.

“Selama tempoh itu juga saya boros dan tak menyimpan duit. Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19, masalah kewangan saya menjadi kritikal. Malah majikan turut memotong separuh gaji kerana keadaan memaksa,” kata Rahmatullah.

Dia terpaksa membuat keputusan besar sekali lagi dalam hidupnya untuk berhenti kerja dan fokus cuba nasib dalam dunia perniagaan.

“Macam macam kerja berniaga saya cuba. Tapi perkenalan dengan Darra White mengubah takdir hidup saya.

“Dengan hanya bermodalkan wang baki hasil pekerjaan terdahulu, saya mengorak langkah dengan bermula sebagai agen. Hasil kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus asa kini saya berjaya menjana pendapatan enam angka. Sasaran akhir tahun ini memang nak ada 50 usahawan baru di bawah saya,” katanya.

Nak ubah nasib hidup anda boleh ke Instagram @darra_white_hq atau kliksini.my/darrawhite

Aqmal Ezany

I write what is right