Siakap Keli

3 Pencuri Berputih Mata, Bersusah-payah Curi Kereta Sekali Tak Pandai Bawa Kereta ‘Manual’

3 orang pencuri yang masih lagi muda remaja mendapat pengajaran terbesar dalam hidup mereka apabila tersalah memilih mangsa ketika cubaan untuk melarikan sebuah kereta, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.

Selain tidak pandai memandu kenderaan dengan transmisi manual, mereka juga diberi tentangan hebat oleh mangsa samun yang kebetulan merupakan seorang pengamal ilmu seni bela diri campuran (MMA).

Menurut laporan Daily Mail, pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek selepas mendapat laporan daripada orang ramai yang melihat pergelutan di tempat meletak kenderaan berdekatan sebuah gymnasium dimana mangsa sering menghabiskan masanya berlatih MMA.

Dalam kenyataan itu lagi, ketiga-tiga suspek dilihat memukul mangsa namun bergelut untuk melarikan kenderaan tersebut apabila mangsa dilihat berjaya melawan kembali.

Bagaimanapun, mereka berjaya merampas kunci kereta mangsa yang tidak sengaja jatuh ke jalan.

Salah seorang suspek dilihat memasuki kenderaan milik mangsa namun kesemua suspek tidak berjaya melarikan kenderaan tersebut kerana tidak tahu memandu kereta transmisi manual.

Mereka kemudian nekad meninggalkan kenderaan itu dan melarikan diri setelah kejadian berkenaan mula disedari oleh orang ramai.

Pihak polis yang mendapat laporan kemudian pantas menjalankan operasi sebelum berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang berusia 18, 19 dan 20 tahun.

Kesemua suspek kini berdepan dengan pelbagai pertuduhan kes antaranya cubaan samun, mendatangkan kecederaan dan vandalisma.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story